Tip skor A subjek Fizik SPM, Cikgu Nurul Husna kongsi rahsianya

Iklan
physics-640x416

Tenaga pengajar subjek Fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Husna Zakaria berkongsi beberapa tip untuk pelajar Tingkatan Lima skor A dalam subjek tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau yang berpengalaman lebih daripada lima tahun mengajar Fizik berkata, masih ada masa untuk calon SPM akan datang belajar dan mencatat nota-nota penting.

Iklan

"Saya nasihatkan supaya pelajar buat ulang kaji (revision). Kemudian, senaraikan topik atau bab yang sukar mengikut subjek.

Iklan

"Pelajar juga dinasihatkan kerap berjumpa dengan cikgu untuk berbincang topik yang lemah. Paling penting, jangan terlalu study hard tetapi belajarlah secara bijak,” kata Cikgu Nurul Husna.

Jelasnya, ramai beranggapan Fizik adalah subjek yang susah. Namun, hakikat sebenarnya Fizik itu indah.

"Pengalaman saya, pada peringkat awal pembelajaran Fizik, memang tidak berminat terhadap subjek itu. Tapi bila berada di Tingkatan Empat, saya dah mula jatuh cinta dengan subjek berkenaan kerana ia melibatkan pengiraan," ujarnya lagi.

Jom ikuti sembilan tip skor A Fizik SPM daripada Cikgu Nurul Husna ini.

1) Buang segala tanggapan dan jangan terlalu dengar kata-kata senior yang Fizik itu subjek yang susah.

2) Niatkan dalam hati untuk mempelajari dan menambahkan ilmu ALLAH. Elakkan fikir belajar untuk peperiksaan.

3) Fokus semasa di dalam kelas. Berikan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Catatkan tip penting yang cikgu nyatakan semasa sesi pembelajaran.

4) Jika ada sebarang kemusykilan jangan malu bertanya. Biarlah kawan-kawan hendak gelakkan atau cakap soalan ‘bxdxh’ atau tidak logik.

5) Fahamkan betul-betul Bab 1 (Pengenalan kepada Fizik) dan Bab 2 (Daya dan Gerakan).

Ini adalah asas kepada subjek Fizik. Kalau bab ni sudah betul-betul skor, insya-ALLAH bab seterusnya senang hendak faham.

6) Sentiasa buat ulang kaji di rumah mengikut tajuk atau topik yang sudah belajar. Bila buat latihan baru anda akan dapat kenal pasti bahagian mana yang faham atau tidak.

Kalau tidak dapat jangan biarkan kertas atau buku itu kosong tanpa jawapan. Jumpa guru dan bincang bersama-sama.

7) Jika tidak faham dengan cara pengajaran guru, sertai kelas tuisyen yang berdekatan. Semoga dengan persekitaran baru di pusat tuisyen tersebut, dapat membantu menarik minat masing-masing.

8) Setiap kali hendak selesaikan masalah atau soalan yang melibatkan pengiraan, keluarkan maklumat yang diberi dan pilih formula yang sesuai.

9) Kalau ada proses atau konsep yang pelajar kurang faham, boleh cari video di YouTube. Banyak contoh video berkaitan mata pelajaran Fizik, disediakan untuk pelajar untuk buat rujukan.

Sumber: Blog cantiksihatcorner

Artikel berkaitan 

‘Straight’ A SPM 2019, Awang kongsi perjalanan hidup sebelum raih keputusan cemerlang. Warganet kagum!

Pelajar undang-undang UM harumkan nama Malaysia di pentas dunia

Bangkit dari kegagalan, ini antara kata-kata semangat untuk pelajar SPM 2021


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok