Bangkit dari kegagalan, ini antara kata-kata semangat untuk pelajar SPM 2021
Bangkit dari kegagalan, ini antara kata-kata semangat untuk pelajar SPM 2021

Bangkit dari kegagalan, ini antara kata-kata semangat untuk pelajar SPM 2021

Roshlawaty Md Raieh
17 Jun 2022 08:04pm
A
A
A

Penceramah motivasi dikenali ramai, Mohd Sukur Ibrahim melahirkan rasa bangga dengan pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Keputusan yang diumumkan di seluruh negara itu, menyaksikan ramai pelajar memperoleh keputusan straight A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Tidak kurang juga, ada pelajar yang hanya mendapat keputusan sederhana tetapi tetap meraikan kegembiraan bersama rakan-rakan lain.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Mohd Sukur yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Komputeran Industri), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pemenang Anugerah Orang Kurang Upaya (OKU) Cemerlang Kebangsaan menitipkan sedikit pesanan dan kata-kata semangat khusus untuk pelajar SPM 2021.

“Semoga dengan motivasi yang diberikan ini, ia mampu membuatkan pelajar lebih bersemangat dan bangkit dari kegagalan (bagi yang kurang cemerlang),” katanya.

Jom baca pesanan penceramah motivasi dan penasihat kewangan yang sangat hebat ini serta pemilik syarikat D Strike Solution.

*****

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2021 semalam.

Anda layak berjaya sebab sudah berusaha. Bagi yang kecewa dengan keputusan peperiksaan mereka, muhasabahlah diri.

Manusia ini, sukar untuk beringat. Maka, biasanya ALLAH akan memberikan beberapa ‘hentakan yang kuat’ dalam kehidupan agar kita terjaga daripada lena.

Jangan kecewa. Jangan salahkan Tuhan. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tinggal lagi, sesiapa yang tidak memandang hikmahNya, dia akan rugi selama-lamanya.

Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM dan terus malas belajar. Dia rugi dan dia adalah orang yang tidak mahu memandang hikmah ALLAH dengan sebaik mungkin.

Tetapi bagi mereka yang memandang apa yang terjadi itu dari sudut positif, maka teguran daripada keputusan yang tidak berapa cemerlang ini, akan dilihat dan diambil secara baik.

Dia ubah dirinya menjadi lebih berdisiplin. Dia tingkatkan diri agar menjadi lebih rajin. Dia perbaiki diri agar menjadi yang lebih kuat hubungannya dengan ALLAH, ibu bapa dan orang di sekelilingnya.

Teruslah berubah menjadi seorang manusia yang baru. Apa-apa pun perancangan ALLAH adalah yang sebaik-baiknya.

INFO

- Mohd Sukur merupakan graduan UKM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Komputeran Industri).

- Walaupun dilahirkan sebagai insan OKU, Mohd Sukur adalah seorang individu yang berjiwa besar.

- Dalam serba kepayahan, pemuda ini tekun belajar hingga berjaya melepasi pelbagai cabaran dan berjaya menggenggam ijazah dari UKM.

- Sejak di universiti lagi, beliau menyimpan impian menjadi jutawan dan mahu membuktikan bahawa insan istimewa sepertinya mampu berjaya seperti orang lain.

- Berketinggian 100 sentimeter dan mempunyai kekurangan pada kedua-dua kaki dan tangan, Mohd Sukur kini telah mendirikan rumah tangga dengan Wan Nurul Syazwani Mohd Yen dan memiliki beberapa orang anak.

Artikel berkaitan 

Trend tayang keputusan SPM semua ‘G’ di TikTok, bukan satu kebanggaan

Pelajar terbaik kongsi rahsia skor 10A+ dan 9A+

Dijangkiti Covid-19 ketika SPM, hikmah buat Alyssa raih keputusan cemerlang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan