Dari kiri Qarin Loqman, Zarif, Edlan Mikyad dua dari kanan, Muahamad Danish Imran kanan bersama Michael semasa sambutan penerimaan ke Akademi Tentera AS baru-baru ini.
Dari kiri Qarin Loqman, Zarif, Edlan Mikyad dua dari kanan, Muahamad Danish Imran kanan bersama Michael semasa sambutan penerimaan ke Akademi Tentera AS baru-baru ini.

Membanggakan! 4 pelajar Malaysia diterima sambung pengajian ke Akademi Tentera AS

Rasyidah Zulkifi
08 Jun 2022 09:10am
A
A
A

Bukan mudah bagi pelajar Malaysia melayakkan diri bagi menyambung pengajian ke akademi tentera Amerika Syarikat (AS).

Biarpun pengambilannya diadakan setiap tahun namun saringan untuk mendapat penempatan di sana agak sukar kerana perlu bersaing dengan 69 buah negara antarabangsa yang lain lagi.

Namun, tuah menyebelahi empat kadet dari negara ini selepas berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di akademi tentera AS bagi ambilan 2022.

Mereka ialah Zarif Mohd Zamrin, 20, Edlan Mikyad Ahmad Syamly, 20, Muahamad Danish Imran Zainudin, 18, dan Qarin Loqman Safriza, 18.

Zarif memberitahu perasaannya bercampur baur semasa mendapat tahu bahawa permohonannya diterima untuk masuk ke Akademi Tentera Udara AS yang bertempat di Colorado Springs, Colorado itu.

Dia yang berasal dari Subang Jaya, Selangor berasa sangat gembira selepas menerima pengkhabaran itu.

Seorang lagi kadet, Edlan Mikyad yang diterima masuk ke Akademi Tentera AS bertempat di West Point, New York berkata, dia memberi jaminan dapat menyesuaikan diri apabila menjalani latihan di sana.

Dari kiri: Qarin Loqman, Zarif, Edlan Mikyad (dua dari kanan), Muahamad Danish Imran (kanan) bersama Michael semasa sambutan penerimaan ke Akademi Tentera AS, baru-baru ini.

Katanya yang berasal dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur dia telah mempelajari cara untuk beradaptasi dengan keadaan persekitaran yang tidak biasa sebelum ini.

Sementara itu, Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill berkata, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang diundang bagi mendaftar nama calon-calon sehingga maksimum 15 wakil dalam setiap akademi perkhidmatan.

Menurutnya, di peringkat antarabangsa kurang daripada 20 peratus calon telah dipilih melalui saringan yang ketat dan berdaya saing.

“Calon akan dinilai dari segi prestasi akademik, kebolehan fizikal, karakter dan potensi kepimpinan,” katanya semasa berucap dalam sidang akhbar bagi meraikan pemilihan keempat-empat kadet terbabit di ibu negara, baru-baru ini. 

Sambungnya, secara keseluruhan akan ada sembilan kadet ditambah dengan pengambilan empat kadet baharu dan ia merupakan satu jumlah yang besar pelajar Malaysia diterima sambung pengajian ke Akademi Tentera AS.

Artikel berkaitan

“Mereka wira negara, bukan pengasuh anak kita!”- Guru bantah cadangan pesara tentera jadi warden 

Susah tidur, cuba cara yang digunakan tentera ini untuk terlelap dalam hanya 2 minit 

UPNM tawar laluan APEL kepada warga badan beruniform – MQA 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok