Selamat atau tidak? Ini yang patut guru dan pelajar tahu berkenaan aktiviti bersukan

Iklan
zoltan-tasi-TsB03tz5030-unsplash

Kebelakangan ini, ramai guru dan pelajar dilihat sudah mula melakukan aktiviti bersukan mengikut hobi masing-masing.

Iklan
Iklan

Ada yang bermain badminton, berbasikal, mengunjungi gym, berenang, joging dan banyak lagi jenis sukan yang lain.

Iklan

Aktiviti fizikal ini biasanya dilakukan pada waktu pagi dan petang. Malah, ada juga yang melakukannya masa pada waktu malam terutama bagi mereka yang berkerjaya.

Iklan

Persoalannya di sini, adakah aktiviti bersukan itu dilakukan dalam keadaan selamat?

Adakah sesetengah guru dan pelajar hanya mempunyai masa terluang pada waktu malam dek kesibukan dengan pembelajaran di waktu pagi dan petang?

Sinar Bestari kongsikan hantaran daripada Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai aktiviti bersukan pada lewat malam.

Ini perkongsiannya. Moga menjadi panduan buat guru dan pelajar serta orang ramai.

*****

Bersukan selepas waktu bekerja sehingga lewat malam perlu dilakukan secara berhati-hati dan sederhana bagi mengelak masalah lain.

Bersukan atau melakukan aktiviti fizikal selepas waktu bekerja memerlukan banyak tenaga menyebabkan badan menjadi lesu kerana dipaksa bekerja keras.

Ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan membawa risiko berlaku darah tinggi dan serangan jantung.

Kes kematian mengejut ketika bersukan sama ada malam atau siang, kebiasaannya berkait rapat dengan masalah jantung.

Serangan jantung ketika bersukan dalam kalangan orang muda pula kerap berlaku kepada mereka yang merokok.

Sehubungan itu, sebelum aktif bersukan atau melakukan aktiviti fizikal, pastikan aktiviti itu selamat mengikut status kesihatan dan umur dan dilakukan secara sederhana.

Tanda-tanda awal secara umum serangan jantung ketika bersukan. (Sumber Healthline)

1. Rasa tidak selesa atau berasa 'sesak' pada dada.

2. Sesak nafas secara tiba-tiba.

3. Pening atau sakit kepala.

4. Kelainan degupan jantung seperti 'berdebar-debar'.

5. Rasa sakit di dada dan menular ke bahagian lain seperti leher, belakang badan, perut atau rahang.

6. Berpeluh berlebihan dan luar daripada kebiasaan.

Jika tanda-tanda awal ini berlaku ketika bersukan, anda dinasihatkan berhenti serta merta. Buat janji temu untuk pemeriksaan di fasiliti kesihatan.

Artikel berkaitan 

Hadapi tekanan, pensyarah UMK kongsi jalan penyelesaian

Elak wajah ditumbuhi jerawat, ini 8 langkah pencegahan yang guru dan pelajar wajib tahu

Hasilkan pakaian guna tekstil kitar semula, pelajar Taylor’s University sokong Matlamat SDG


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok