Untitled design
Untitled design

Elak wajah ditumbuhi jerawat, ini 8 langkah pencegahan yang guru dan pelajar wajib tahu

Roshlawaty Md Raieh
23 Oct 2021 09:39pm
A
A
A

Pernahkah wajah cikgu dan pelajar ditumbuhi jerawat akibat pemakaian mask yang berterusan?

Sinar Bestari yakin, jerawat atau nama lainnya MaskAcne akan tumbuh di kawasan yang kerap tertutup seperi di pipi hidung dan dagu sekiranya warga pendidik dan pelajar tidak mengamalkan langkah pencegahan yang sepatutnya.

Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia dan American Academy of Dermatology Association & Healthline telah mengeluarkan kenyataan lapan langkah pencegahan MaskAcne.

Mari kita tengok...

1) Kerap cuci muka dengan air suam atau pencuci muka.

2) Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka.

3) Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka.

4) Pakai pelitup muka yang sesuai. Ciri-ciri pelitup muka yang sesuai:

  • Selesa dipakai dan tidak terlalu ketat
  • Sekurang-kurangnya fabrik dwi-lapisan
  • Fabrik daripada bahan semulajadi yang lembut dan ‘breathable’ seperti kapas

5) Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka

6) Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap empat jam.

7) Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang.

8) Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan.

Diharapkan, dengan langkah-langkah pencegahan yang dikongsi ini, dapat membantu guru dan pelajar serta orang ramai memiliki wajah yang sempurna, bersih dan cantik.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia dan American Academy of Dermatology Association & Healthline

Artikel berkaitan 

Hasil berlatih tanpa jemu, atlet SeMShah akhirnya bergelar raja pecut daerah

Peluang graduan politeknik ceburi kerjaya Tentera Darat

Hasilkan pakaian guna tekstil kitar semula, pelajar Taylor’s University sokong Matlamat SDG


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok