Syabas, keprihatinan UTeM terhadap mangsa banjir Melaka dapat pujian

Iklan
Untitled design (1)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus cakna dan prihatin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Melaka, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Inisiatif ini digerakkan oleh Pusat Kolaborasi Industri & Masyarakat, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UTeM.

Iklan

Pengarah Pusat Kolaborasi Industri & Masyarakat, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UTeM, Prof Madya Dr Effendi Mohamad berkata, sumbangan diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir sekitar Melaka.

Iklan

Jelasnya, inisiatif ini turut memupuk semangat bantu-membantu sesama komuniti warga UTeM, institusi kerajaan dan masyarakat sekaligus merealisasikan tanggungjawab sosial warga UTeM kepada masyarakat setempat selari dengan slogan ‘UTeM is Melaka; Melaka is UTeM’.

Baca juga Kegigihan kumpulan guru SRA Puncak Alam cipta inovasi Plaza tol RaPuSa tarik perhatian ramai. Tahniah cikgu!

Baca juga ‘Perjalanan seorang guru yang menggunakan tiket ikhlas pasti akan membina kekuatan jiwa, percayalah’

Ujarnya, sumbangan telah sempurna disampaikan kepada mangsa banjir yang terdiri daripada 71 pelajar dan 50 keluarga kakitangan UTeM serta 22 keluarga warga komuniti sekitar Melaka.

"Sumbangan adalah dalam bentuk barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan kering, air minuman, alatan keperluan peribadi seperti sabun mandi, sabun basuh, syampu, tuala wanita, berus gigi dan ubat gigi serta cecair pembasmi kuman, baldi, mop, lampin pakai buang dan sebagainya.

[caption id="attachment_28839" width="600"] Farudin Hanif (kanan) dan Ahmad Hafiz (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.[/caption]

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

"Pihak kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UTeM dan pihak yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir ini,” ujarnya dalam kenyataan baru-baru ini.

Turut sama menjayakan program berimpak ini adalah Penolong Pendaftar Kanan Pusat Kolaborasi Industri & Masyarakat, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UTeM, Farudin Hanif Ya’amah dan Ahmad Hafiz Mohd Puad).