"Doakan saya diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang"
Iklan
"Bekerja bukan kerana anugerah, sebaliknya bekerjalah sampai diberi anugerah," demikian kata Guru Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah, Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib.Beliau yang baru sahaja menerima Anugerah Princess Maha Chakri 2021, 9 November lalu berkata, perjalanan selama 15 tahun dalam dunia pendidikan telah banyak mengajarnya tentang pelbagai perkara, baik daripada sudut positif atau sebaliknya."Apa sahaja yang berlaku sepanjang menjadi guru, saya pandang dan terima dengan hati terbuka, malah saya akan terus berkhidmat dalam bidang ini walaupun masih berbaki 20 tahun lagi untuk bertugas sebagai cikgu."Doakan saya diberi kesihatan, kekuatan dan teruslah memberi sokongan untuk saya buat yang terbaik pada pendidikan kita. Tanpa anda semua, mana mungkin saya boleh berjaya seperti hari ini," kata Cikgu Norhailmi.Sambungnya lagi, banyak pertanyaan yang dia terima mengenai kerjaya sebagai guru dan apa yang mahu dicapai lagi."Jika anda tanya saya, apa yang hendak dicapai lagi dalam dunia pendidikan...saya sendiri pun tiada jawapan. Laluan mana yang ALLAH sudah tentukan, saya berserah saja. Saya janji akan cuba buat yang terbaik, itu saja yang mampu diucapkan," tuturnya lanjut.Baca juga "Tak pa anak-anak… Datang je ke sekolah. Tak ada cikgu marah"Baca juga Idea bernas tiga pelajar ini tarik perhatian juri sehingga diumum sebagai pemenang. Betullah, rezeki tak pernah salah alamat!Ditanya mengenai ‘rezeki’ menerima Anugerah Princess Maha Chakri 2021, ini kata Cikgu Norhailmi kepada GPSBestari."Saya terkejut namun dalam masa yang sama, sangat gembira dengan rezeki yang ALLAH berikan ini."Anugerah ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya kelak," katanya dengan menitip pesanan pada warga guru iaitu berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja, bersungguhlah dalam apa yang diusahakan dan sentiasa buat yang terbaik tanpa memgharapkan sebarang anugerah yang menanti kemudian hari.Anugerah Princess Maha Chakri 2021 adalah anugerah peringkat antarabangsa yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada guru sekolah dari negara anggota SEAMEO yang berdedikasi dan menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang perguruan.