Berikut merupakan empat negara yang baru sahaja memperoleh status sebagai sebuah negara sejak tahun 2002.
1. Timor-Leste
Tahun kemerdekaan: 2002
Penduduk: 1.3 juta
Timor Leste pernah menjadi sebahagian dari Indonesia dan telah menempuh perjalanan yang panjang untuk menjadi sebuah negara. Apabila orang ramai mengundi untuk kemerdekaan daripada Indonesia pada 1999, referendum itu disambut dengan keganasan daripada militia anti-kemerdekaan sehingga PBB campur tangan.
2. Serbia dan Montenegro
Tahun Kemerdekaan: 2006
Penduduk Montenegro: 623,000
Penduduk Serbia: 7.1 juta
Montenegro memperoleh kemerdekaan dari Serbia pada tahun 2006. Keputusan itu memisahkan negara tunggal yang dikenali sebagai Kesatuan Serbia dan Montenegro, yang telah terbentuk selepas kejatuhan Yugoslavia pada awal 1990-an.
Akibatnya, Serbia juga mengisytiharkan kemerdekaan dan menjadi republik berdaulat sendiri.
BACA JUGA: Negara negara di dunia yang anda jarang dengar, jom ambil tahu
BACA JUGA: Ketahui 6 negara yang paling kecil di dunia
3. Kosovo
Tahun kemerdekaan: 2008
Penduduk: 1.8 juta
Kosovo, negara Balkan terkecil memperoleh kemerdekaan pada 17 Februari 2008 selepas mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia. Walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengesahkan kemerdekaan Kosovo, Serbia dan beberapa negara lain masih tidak mengiktirafnya sebagai negara yang berdaulat.
4. Sudan Selatan
Tahun kemerdekaan: 2011
Populasi: 12.2 juta
Sudan Selatan memperoleh kemerdekaan dari Sudan pada 2011 selepas bertahun-tahun perang saudara. Pun begitu keganasan terus melanda negara terbaharu dunia itu.
IKUTI GPSBestari di twitter dan instagram
Perang Saudara meletus di Sudan Selatan pada 2013 dan berterusan hingga ke hari ini apabila pemimpin politik daripada kumpulan etnik berbeza bersaing untuk mendapatkan kuasa. Lebih daripada 50,000 orang telah terbunuh dan lebih daripada 1.6 juta kehilangan tempat tinggal semasa konflik.
Semoga bermanfaat.