Usaha melahirkan ilmuwan Islam, USIM kini jalin kerjasama dengan pusat penyelidikan di Uzbekistan

Iklan
Untitled design

Baru-baru ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan International Scientific-Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan, memeterai Memorandum Perjanjian (MoU) bagi mencapai beberapa misi demi kesejahteraan sejagat.

Iklan
Iklan

Misi menerusi MoU itu merangkumi hasrat melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam yang mempunyai nilai-nilai luhur agama dan budaya.

Iklan

Beberapa kerjasama antara USIM dan International Scientific-Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan, akan dijalankan tidak lama lagi.

Iklan

Antaranya adalah kerjasama dalam kajian dan pertukaran manuskrip sedia ada mengenai akidah, falsafah Islam, sumber Islam dan ajaran maturidiyyah; pertukaran maklumat saintifik, kerjasama dalam kurikulum dan antara perpustakaan serta kerjasama aktif dalam aktiviti penyelidikan dan penerbitan.

Juga, perkongsian pengalaman antara penyelidik pusat atau fakulti dan perkongsian pengetahuan berkenaan pengintegrasian ilmu Naqli dan ilmu Aqli serta kerjasama lain yang berkaitan.

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, universiti kini sedang berusaha menggembleng dan mengaktifkan kerjasama dengan banyak pihak antarabangsa khususnya bagi tujuan latihan, penyelidikan dan perkongsian kepakaran.

"Usaha bersepadu antara semua pihak amat diperlukan dalam melaksanakan agenda memperbaiki ummah.

"Justeru, ilmu, kemahiran dan nilai berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah hendaklah dikongsi ke tahap optimum dalam konteks pengajian tinggi,” katanya.

Baca juga 9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

Baca juga Semak jadual waktu peperiksaan SPM, STAM, UBPA di sini

Melalui kepimpinan Institut Sains Islam (ISI) yang diketuai Profesor Dr Mohd Adnan Mohamed Yusoff, diharapkan dapat membantu meningkatkan keterlihatan USIM di peringkat antarabangsa terutamanya melalui aktiviti akademik, kerjasama penyelidikan dan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

Dalam perkembangan lain, hubungan dua hala antara USIM bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta pusat penyelidikan di Uzbekistan ini bukanlah yang pertama kali diadakan.

Sebelum ini, USIM telah mewujudkan jaringan dan kerjasama akademik yang seumpamanya dengan institusi-institusi akademik di Uzbekistan pada tahun 2017 apabila menerima kunjungan hormat dari National University of Uzbekistan, diikuti lawatan kerja oleh Kedutaan Uzbekistan pada 2018, kunjungan hormat Grand Ta’lim Olam Mac 2019 dan lawatan akademik Samarkand State University November 2019.

Menerusi lawatan tersebut, lima MoU telah dimeterai, antaranya bersama Tashkent Institute of Architecture & Civil Engineering; Samarkand State Architectural & Civil Engineering Institute; Urgench State University; Grand Ta’lim Olam dan International Islamic Academy of Uzbekistan.

Turut hadir pada majlis MoU yang dilaksanakan secara hibrid adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Rushdan Mohd Jailani; Duta Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov dan ahli delegasi Kedutaan Republik Uzbekistan serta International Scientific-Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/