Mahu mahir berbahasa Arab? 7 tip ini membantu guru dan pelajar kuasai dengan mudah

Iklan
masjid-pogung-dalangan-Gmb4U6JFyHo-unsplash

Susah ke bahasa Arab? Boleh atau tidak kuasai bahasa tersebut dengan mudah?

Iklan
Iklan

Persoalan ini sentiasa bermain di minda individu yang ingin mempelajari bahasa Arab. Jika ingin mempelajari sesuatu yang baharu, marilah kita bermula di garis permulaannya.

Iklan

Seronok jika dapat menguasai bahasa Arab walaupun dengan mempelajari asasnya sahaja. Mungkin akan datang ia akan membawa kita ke peringkat seterusnya.

Iklan

Kita akan rasa seronok membaca al-Quran dan faham maksud perkataan yang ada di dalamnya walaupun hanya sebahagian perkataan. Bahasa Arab juga boleh menjadi bahasa ketiga dalam kehidupan jika guru dan pelajar berminat mempelajari dan menguasai bahasa al-Quran tersebut.

Sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Yusuf ayat 2 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (Surah Yusuf ayat 2).

Guru dan pelajar…

Kadang kala bila kita cuba mempelajari sesuatu yang baharu, memang akan rasa sukar. Sesuatu yang tidak biasa buat, tentu sahaja asing pada kita. Tetapi, jika kena gaya dan rentaknya, dengan izin ALLAH ia akan bertukar menjadi mudah. Bagaimana caranya?

Sebagai permulaan, jom cuba cara ini.

1) Niat

Tetapkan niat mempelajari Bahasa Arab kerana ALLAH. Ini adalah kerana menuntut ilmu itu adalah salah satu perkara yang baik. Tanpa niat yang jelas, kita mungkin sukar untuk capai apa yang dimahukan.

2) Luang masa 10 minit sehari ulangkaji

Bila kita baru mula belajar bahasa Arab, formula 10 minit daripada 24 jam sangat penting. Jangan pernah tinggalkan langkah ini. 10 minit tersebut fokus kepada satu aktiviti sahaja.

Sebagai contoh, jika hari ini anda memilih aktiviti menulis ayat mudah bahasa Arab, maka esok kita lakukan aktiviti lain contohnya membaca teks bahasa Arab atau menghafal kosa kata bahasa Arab.

3) Lima hingga 10 perkataan sehari

Kita mula dengan mengingati paling sedikit lima perkataan bahasa Arab sehari.

Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama - lama jadi bukit. Cuba bayangkan anda mula dengan kosong, jika ingat lima perkataan bahasa Arab satu hari, sebulan dapat ingat 150 perkataan. Cukup untuk kita ke peringkat seterusnya.

Untuk lebih mudah, hafal perkataan mengikut tema atau jenis perkataan contoh kata nama, kata kerja dan kata sendi. Gunakan nyanyian untuk lebih mudah mengingat dan menarik serta tidak bosan.

4) Asas tatabahasa

Cari guru kemudian mula belajar asas tatabahasa Arab untuk peringkat permulaan.

Contohnya kenali jenis-jenis perkataan bahasa Arab, kata ganti nama bahasa Arab dan jenis-jenis kata kerja. Kita akan lebih yakin menggunakan bahasa yang kita pelajari apabila mengetahui asas tatabahasa bahasa tersebut.

Walaupun belum sempurna tapi sekurang-kurangnya kita cuba menggunakan bahasa tersebut dengan asas tatabahasa yang betul.

5) Pelajari ayat yang mudah dahulu

Setelah mengingati kosa kata, kenali asas tatabahasa bahasa Arab, jangan takut untuk ke peringkat yang seterusnya iaitu membina ayat-ayat bahasa Arab yang mudah.

Susun ayat asas dengan menulis siapa pelakunya, apa perbuatan yang dilakukan, di mana atau dengan siapa dilakukan perbuatan tersebut. Sebagai contoh:

Ana + adzhabu + ila al-fasli

Saya + pergi + ke kelas.

Peringkat permulaan ini mulakan dengan ayat mudah dan pendek, lama kelamaan anda akan yakin untuk menggunakan ayat yang lebih panjang dan kompleks.

6) Baca buku cerita bahasa Arab

Wah! pada peringkat permulaan sudah baca buku cerita bahasa Arab? Boleh fahamkah? Macam mustahil bukan?

Sebagai permulaan, cari buku cerita bahasa Arab yang mudah dan mempunyai baris.

Contohnya buku cerita bahasa Arab kanak-kanak. Ayat ringkas, gambar lebih banyak memenuhi ruang halaman muka surat buku. Ia sangat membantu di samping kita dapat tambah kosa kata bahasa Arab, ia akan membiasakan anda dengan contoh-contoh ayat asas serta menambah minat kita membaca.

Selain itu, jadikan kamus sebagai teman baik ketika ini. Sentiasa rujuk kamus untuk perkataan baharu yang dijumpai.

7) Practice Make Perfect

Orang selalu kata ‘Practice Make Perfect’. Ya, kita perlu selalu berlatih menggunakan ilmu asas yang ada supaya dari hari ke hari ia membuatkan ilmu tersebut lebih sempurna.

Cari cermin dan cuba bercakap menggunakan bahasa Arab di hadapan cermin.

Anda juga boleh menggunakan contoh-contoh perbualan harian bahasa Arab yang ada dalam buku-buku di pasaran.

Kalau yakin, boleh juga gunakan ilmu asas bahasa Arab ini dengan bertutur secara ringkas bersama orang-orang Arab yang telah menetap di negara ini.

Walaupun mungkin anda bertutur menggunakan ayat yang ringkas atau mungkin campurkan penggunaan bahasa Inggeris, Melayu dan Arab ketika bercakap, tahniah, ia merupakan permulaan yang sangat baik.

Maklumat Penulis

Nurulisyazila Othaman dari Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Artikel berkaitan 

Perkukuh kolaborasi industri dan universiti dalam pembangunan bakat

Buat pelajar, ikuti tip kesihatan ini agar terus bersemangat

Senarai IPT yang menawarkan pengajian bahasa Arab sebagai bahasa kedua


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok