Elak buli, ini 7 teknik pertahankan diri yang wajib pelajar ketahui

Iklan
801b355f379affff17d9bbd57c
Kemahiran mempertahankan diri boleh dikatakan antara salah satu skil yang sangat penting untuk pelajar kuasai pada masa kini supaya mereka mengetahui cara yang betul untuk bertindak dalam sesuatu situasi yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri.Ia amat berguna bagi mengelakkan pelajar yang berada dalam situasi dibuli dan juga mempertahankan diri ketika berada dalam situasi yang mengancam nyawa.Jika boleh, ikuti kursus-kursus bela diri seperti silat, taekwando dan lain-lain yang ditawarkan di sekolah, universiti ataupun kawasan kejiranan.Jika tidak ada, jangan risau kerana ada satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Oregon mendapati terdapat beberapa teknik mempertahankan diri yang boleh membantu jika anda diserang atau diancam.Sinar Bestari kongsikan beberapa teknik mempertahankan diri seperti di bawah.1. Meletakkan jari ke belakang pada sendi akan menyebabkan kesakitan yang kuat, menjadikannya lebih mudah untuk melepaskan diri daripada cengkaman penyerang anda.[caption id="attachment_29498" width="728"] Kredit brightside[/caption]2. Jika penyerang cuba menangkap leher anda, gunakan jari telunjuk dan jari tengah untuk menikamnya.[caption id="attachment_29497" width="728"] Kredit brightside[/caption]3. Pegang rambut penyerang itu, tarik kepalanya ke bawah, dan halakan lutut anda sekuat mungkin ke mukanya.[caption id="attachment_29496" width="728"] Kredit brightside[/caption]4. Gigit mana-mana bahagian badan yang dekat dengan muka anda. Ini akan berkesan walaupun tangan anda terikat.[caption id="attachment_29495" width="728"] Kredit brightside[/caption]5. Tendangan hentak secara tiba-tiba akan menyebabkan kesakitan yang kuat pada penyerang dan akan membolehkan anda melepaskan diri daripada cengkamannya.[caption id="attachment_29494" width="728"] Kredit brightside[/caption]6. Jika anda dicengkam dari belakang, selain menggunakan tendangan hentakan anda boleh memukul penyerang dengan siku anda atau mencubitnya.[caption id="attachment_29493" width="728"] Kredit brightside[/caption]7. Tendangan ke pangkal paha atau kemaluan adalah salah satu cara paling berkesan untuk melawan penyerang.[caption id="attachment_29492" width="728"] Kredit brightside[/caption]Namun, perlu diingatkan bahawa skil pertahanan diri hanyalah penyelesaian sementara jika seseorang berada dalam situasi yang berbahaya. Perkara paling penting adalah memikirkan bagaimana cara untuk mengeluarkan diri dari situasi tersebut.Akhir sekali, cuba elakkan daripada berlakunya konfontrasi kerana pencegahan adalah pertahanan terbaik.Sumber: brightsideArtikel berkaitan "Setiap malam mengigau seolah-olah dipukul" – bapa mangsa buliJurubahasa isyarat untuk OKU, kerjaya pentingGuru besar baiki longkang tersumbat hingga buat ramai terkejut!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok