Makin menyerlah dalam bidang robotik, Ustaz Ismail sasar kejayaan berganda pada masa akan datang

Iklan
photo6100361687002624016
Baru tiga tahun Guru Cemerlang Hifz al-Quran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah ini melibatkan diri dalam bidang robotik.Dalam tempoh tersebut, pelbagai pencapaian luar biasa telah diraih oleh guru ini pada peringkat negeri mahupun kebangsaan.Dikenali sebagai Ustaz Ismail Salleh, beliau berkata, kejayaannya dalam robotik bukanlah menerusi pembabitan dirinya sahaja, sebaliknya ia diraih dengan kerjasama antara guru dan para pelajar."Saya bersyukur kerana warga SMKA Kedah sangat berbakat dan kreatif dalam menghasilkan inovasi robotik."Idea mereka memang bagus dan mampu melangkah dengan lebih jauh jika diberi peluang oleh pihak tertentu," katanya kepada GPSBestari.Guru kelahiran Pedu, Kuala Nerang, Kedah, ini berkata, bidang robotik berpotensi besar untuk berkembang pada masa akan datang."Saya merasakan sudah tiba masanya untuk semua guru dan juga ibu bapa menggalakkan pelajar dan anak masing-masing untuk terlibat dalam bidang ini."Jika masih ‘ragu-ragu’, jangan bimbang...ibu ayah boleh datang ke sekolah dan berjumpa dengan cikgu serta minta mereka terangkan kepentingan dan keistimewaan dunia robotik ini."Saya yakin, setiap sekolah pastinya mempunyai barisan pelajar yang sangat hebat dalam menghasilkan inovasi robotik mereka," ujarnya.Baca juga Elak buli, ini 7 teknik pertahankan diri yang wajib pelajar ketahuiBaca juga 5P yang diperlukan bagi mendidik kanak-kanak pendidikan khasTerdahulu, aplikasi Hafazan Smart al-Quran Memorization (SMART AL-Q) yang pernah dihasilkan Ustaz Ismail telah meraih lapan pingat emas sejak dibangunkan pada 2019.SMART AL-Q adalah aplikasi yang menggunakan Adobe Flash CS6 dengan Action Script 3.0 dan mengintegrasikan Model ADDIE dan teori pembelajaran al-Qabisi (1955) dalam pembangunannya.Ia berkonsepkan pembelajaran menggunakan pancaindera seperti visual, auditori dan kinestetik."Saya bersyukur kerana SMART AL-Q telah mendapat pelbagai pengiktirafan. Insya-ALLAH, aplikasi ini dapat ditambah nilai lagi dari semasa ke semasa," ujarnya.Di sini, GPSBestari senaraikan beberapa pencapaian Ustaz Ismail dalam bidang robotik, sama ada secara individu mahupun bersama Kelab Robotik sekolah.[caption id="attachment_29551" width="600"] Sesi latihan sebelum pertandingan.[/caption]Tahap Pendidikan:1) Ijazah Sarjana Muda Qiraat Al-Azhar Mesir 20082) Ijazah Sarjana Pendidikan UUM Sintok 20193) Calon Doktor Pendidikan UUM Sintok 2020 hingga sekarangPencapaian Ustaz Ismail:1) Pingat emas dan 3 teratas dalam International Learning Innovation Competition PIP 2019, UUM (peringkat antarabangsa)2) Pingat emas, Innovative Research Invention and Application Exhibition, IRIA 2019, UUM (peringkat antarabangsa)3) Pingat emas, International Industrial Revolution 4.0 Exposition, IREX 2019, UiTM Merbok (peringkat antarabangsa)4) Pingat emas International EUREKA Innovation Exhibition iEIE2019, UniKL MSI (peringkat antarabangsa)5) Pingat emas International University Carnival on e-learning IUCEL 2021, UTLC UUM (peringkat antarabangsa)[caption id="attachment_29550" width="600"] Pelajar robotik SMKA Kedah pada Pertandingan Robotik Kebangsaan 2019.[/caption]6) Pingat emas Darul Aman Innovation Competition National Level, IPG Darul Aman Campus 20197) Pingat emas dan Anugerah Inovasi Terbaik, UiTM Penang ICT Day (HICT) Competition 2019 (peringkat kebangsaan)8) Pingat emas National Innovation and Invention Competition Through Exhibition iCOMPEX 2020 Polimas (peringkat kebangsaan)9) Anugerah Khas Inovasi terbaik MyRIS 201910) Anugerah Khas Inovasi Terbaik I-ENVEX UniMAP 201911) Pingat emas Make X Robotic Competition 2019 (peringkat kebangsaan)12) Pingat emas National Robotic Competition State Level 201913) Pingat perak SIRIM Invention,Innovation and Technology Expo (Si2TE) 201914) Pingat emas Teaching and Learning Poster Ideas (TALPi 2021) UiTM Perlis 202115) Anugerah perak International Innovation, Creativity and Technology Exhibition (i2create) 202116) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 201417) Anugerah Pengurusan j-QAF Terbaik Negeri Selangor 201418) Anugerah Guru Inovatif Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar 202119) APC 201920) Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Kedah 202121) Finalis Anugerah Khas Guru Inovasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 202122) Malaysian Research & Innovation Society (MyRIS) Innovation Mentor Award, UNIMAP 2021Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Pencapaian Kelab Robotik SMKA Agama Kedah: 1) Pingat emas Make X Robotic Competition peringkat kebangsaan 2019, UKM2) Pingat gangsa kategori Rokkie Upper National Robotic Competition Nrc2019 peringkat kebangsaan3) Pingat emas kategori Rokkie Upper National Robotic Competition peringkat negeri Kedah 20194) Pingat perak kategori Rokkie Upper National Robotic Competition peringkat negeri Kedah 20195) Pingat gangsa kategori Stem National Robotic Competition 20196) Pingat gangsa kategori Rokkie Lower National Robotic Competition 2019 peringkat negeri.7) Mewakili Malaysia ke pertandingan RVG NRC di Panama 2021.