801b355f379affff17d9bbd57c
801b355f379affff17d9bbd57c

Elak buli, ini 7 teknik pertahankan diri yang wajib pelajar ketahui

webadmin
29 Nov 2021 12:18pm
A
A
A

Kemahiran mempertahankan diri boleh dikatakan antara salah satu skil yang sangat penting untuk pelajar kuasai pada masa kini supaya mereka mengetahui cara yang betul untuk bertindak dalam sesuatu situasi yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri.

Ia amat berguna bagi mengelakkan pelajar yang berada dalam situasi dibuli dan juga mempertahankan diri ketika berada dalam situasi yang mengancam nyawa.

Jika boleh, ikuti kursus-kursus bela diri seperti silat, taekwando dan lain-lain yang ditawarkan di sekolah, universiti ataupun kawasan kejiranan.

Jika tidak ada, jangan risau kerana ada satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Oregon mendapati terdapat beberapa teknik mempertahankan diri yang boleh membantu jika anda diserang atau diancam.

Sinar Bestari kongsikan beberapa teknik mempertahankan diri seperti di bawah.

1. Meletakkan jari ke belakang pada sendi akan menyebabkan kesakitan yang kuat, menjadikannya lebih mudah untuk melepaskan diri daripada cengkaman penyerang anda.

Kredit brightside

2. Jika penyerang cuba menangkap leher anda, gunakan jari telunjuk dan jari tengah untuk menikamnya.

Kredit brightside

3. Pegang rambut penyerang itu, tarik kepalanya ke bawah, dan halakan lutut anda sekuat mungkin ke mukanya.

Kredit brightside

4. Gigit mana-mana bahagian badan yang dekat dengan muka anda. Ini akan berkesan walaupun tangan anda terikat.

Kredit brightside

5. Tendangan hentak secara tiba-tiba akan menyebabkan kesakitan yang kuat pada penyerang dan akan membolehkan anda melepaskan diri daripada cengkamannya.

Kredit brightside

6. Jika anda dicengkam dari belakang, selain menggunakan tendangan hentakan anda boleh memukul penyerang dengan siku anda atau mencubitnya.

Kredit brightside

7. Tendangan ke pangkal paha atau kemaluan adalah salah satu cara paling berkesan untuk melawan penyerang.

Kredit brightside

Namun, perlu diingatkan bahawa skil pertahanan diri hanyalah penyelesaian sementara jika seseorang berada dalam situasi yang berbahaya. Perkara paling penting adalah memikirkan bagaimana cara untuk mengeluarkan diri dari situasi tersebut.

Akhir sekali, cuba elakkan daripada berlakunya konfontrasi kerana pencegahan adalah pertahanan terbaik.

Sumber: brightside

Artikel berkaitan 

“Setiap malam mengigau seolah-olah dipukul” – bapa mangsa buli

Jurubahasa isyarat untuk OKU, kerjaya penting

Guru besar baiki longkang tersumbat hingga buat ramai terkejut!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok