Faktor pemilihan reka bentuk yang perlu diketahui, amat penting sebelum membangunkan sesuatu produk

Iklan
pawel-czerwinski-P8XV99FyzCk-unsplash (1)

Dalam pembuatan sesuatu produk, pemilihan reka bentuk adalah sesuatu yang sangat penting. Ini bagi memastikan produk yang dicipta itu dapat menarik pengguna untuk membeli dan menggunakannya.Justeru itu, kebiasaannya seseorang pereka itu akan menghasilkan lebih daripada satu idea bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang terbaik dan memenuhi cita rasa sekali gus memberi pilihan kepada pengguna sekiranya terdapat kekangan dari segi kos, teknik pembuatan, dan lain-lain.Jika anda ingin mencipta suatu produk baharu, anda perlulah peka kepada evolusi dan perkembangan semasa sesuatu produk untuk melihat hala tuju atau pembaharuan. Hal ini sangat penting terutamanya dalam mereka bentuk produk yang telah lama berada di pasaran dan mengalami persaingan daripada produk lain. Contohnya telefon, pembersih vakum, kipas dan lain-lain lagi.

Iklan
Iklan

BACA JUGA: Pelajar robotik tukar lightning port iPhone X menjadi USB type-C, kemudian jual pada RM 357,721BACA JUGA: Malaysia Book Of Records’ Youngest Perfect Pitch” – Sarah Qistina Lim rangkul anugerahnya yang ke-17 secara berturut-turutDi bawah, GPSBestari kongsikan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pemilihan reka bentuk dalam sesuatu reka cipta.1. Fungsi Mampu menyelesaikan masalah, berkecekapan tinggi dan berfungsi secara manual, semi automatik atau automatik.2. Rupa bentuk Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang bersesuaian dengan fungsi dan pengguna sasaran.3. Bahan Bahan mudah diperoleh, mudah dibentuk, mudah dikendalikan, tidak mudah reput, tidak mudah pecah dan mempunyai ketahanan fizikal.4. Teknik pembuatan Mudah dihasilkan mengikut fungsi, rupa bentuk, bahan-bahan atau kos yang menjimatkan.5. Ergonomik Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi dengan manusia.6. Kos Kos pembuatan dan penyelenggaraan yang menjimatkan dan efektif.7. Nilai estetikReka bentuk terkini, menepati cita rasa pasaran semasa, menarik perhatian dan mempengaruhi pengguna, mempunyai pelbagai pilihan warna dan bentuk.8. Mesra pengguna Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah dikendalikan dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir.9. KeselamatanMenjamin keselamatan, tidak mendatangkan kecederaan, stabil, tidak mudah terbalik. Reka bentuk tidak membahayakan pengguna seperti tidak mempunyai bucu yang tajam dan mata pemotong terlindung.10. Nilai komersialHarga yang berpatutan dan berkualiti, mendapat permintaan dan menjadi pilihan pengguna, menjimatkan dan ekonomi, mampu dibeli dan sesuai untuk pengeluaran besar-besaran (mass production).11. Kemasan Hiasan terakhir permukaan yang bersesuaian, kemas dan menarik. 12. Kelestarian Reka bentuk dan bahan yang kekal tidak berubah, tidak ketinggalan zaman dan sesuai dengan peredaran zaman.Semoga perkongsian ini membantu anda memilih reka bentuk yang terbaik untuk produk anda.Sumber: Buku teks Reka Cipta TIngkatan 4

Iklan