“Masa depan bidang pertukangan kayu cukup cerah” - Cikgu Ab Razak

Iklan
WhatsApp Image 2021-12-17 at 8.41.05 PM

Menjadi individu yang berkemahiran dalam bidang seni pertukangan kayu bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Iklan
Iklan

Ini kerana, bidang tersebut memerlukan minat dan kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan produk kayu yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Iklan

Bagi Cikgu Ab Razak Mohd Yusof dari Kolej Vokasional (KV) Kuantan, Pahang, minat dan bakat semula jadi seni pertukangan kayu yang ada dalam dirinya, membuatkan dia bersyukur.

Iklan

"Kalau tiada bakat dan minat, mana mungkin saya dapat menghasilkan perabot kayu seperti meja, kerusi, almari pakaian, kabinet dapur, kabinet televisyen dan sebagainya dalam masa yang singkat,” katanya ketika dihubungi GPSBestari.

[caption id="attachment_31087" width="400"] Cikgu Ab Razak[/caption]

Walaupun sudah dianggap sebagai pakar dalam seni pertukangan kayu, Cikgu Ab Razak bagaimanapun masih menimba ilmu dan sentiasa belajar pelbagai perkara baharu.

Tambahan pula, trend hari ini menuntut seorang tukang kayu tampil dengan idea-idea moden dalam mereka bentuk dan penghasilan sesebuah perabot.

"Jika hendak dibandingkan zaman saya dengan hari ini banyak perbezaannya. Dulu, hendak siapkan sesuatu produk seperti almari pakaian, ia akan mengambil masa selama sebulan, tetapi sekarang, dalam tempoh seminggu sudah boleh disiapkan kerana bahan-bahan pembuatannya mudah didapati  di pasaran,” ujarnya yang merupakan anak kelahiran Pekan, Pahan.

Menurut guru yang berusia 50 tahun itu, seni pertukangan sememangnya menjadi hobinya sejak dahulu.

"Pantang ada masa terluang, saya akan bertukang, tidak kira waktu.

"Walaupun sekadar hobi, ramai masyarakat setempat menempah perabot dengan saya. Ada yang tempah kabinet dapur dan almari pakaian,” katanya.

[caption id="attachment_31088" width="600"] Antara perabot kayu yang dihasilkan oleh Cikgu Ab Razak.[/caption]

Baca juga 6 tip membuat perabot taman yang menarik 

Baca juga Alumni UTHM sumbang Thermomix, bantu pelajar FPTV guna teknologi digital terkini

Pelajar berkemahiran

Beliau yang kini mengajar subjek Teknologi Pembinaan untuk pelajar Tahun Dua Sijil Vokasional Malaysia di KV Kuantan berkata, ramai pelajar dari kolej itu berkemahiran dan berpotensi dalam seni pertukangan kayu.

"Sepanjang 20 tahun mengajar di sini, saya melihat kebanyakan pelajar berbakat dan mempunyai minat yang tinggi untuk menjadi seorang tukang kayu yang berjaya kelak.

"Mereka menimba ilmu pertukangan dalam apa jua cara sama ada di sekolah mahupun di internet.

"Jika ada yang tidak difahami, mereka akan datang berjumpa dengan saya dan minta penjelasan. Sebagai guru, sudah tentu saya berbangga apabila melihat kesungguhan mereka ini,” kata anak bongsu daripada lima beradik.

[caption id="attachment_31090" width="600"] Cikgu Ab Razak (baju kuning) bersama pelajar dari kursus Teknologi Pembinaan KV Kuantan.[/caption]

Menurut Cikgu Ab Razak lagi, selain pembelajaran di KV Kuantan dalam seni pertukangan kayu, pelajar-pelajarnya juga dilihat cukup bertuah kerana wujudnya School Enterprise (SE) di kolej tersebut.

"SE merupakan satu kaedah mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan persekitaran sebenar (alam pekerjaan) untuk melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, produktif, berdaya saing dan berdikari.

"Ini bermakna, pelajar bukan sahaja menimba ilmu dalam seni pertukangan tetapi mereka turut didedahkan dengan bidang keusahawan menerusi SE,” ujarnya.

Masa depan cerah

"Saya sering ingatkan kepada pelajar, masa depan dalam bidang pertukangan kayu ini cukup cerah.

"Jadi asah bakat dan kemahiran betul-betul dan jika produk yang dihasilkan menarik, kemas dan teliti, sudah pasti pelanggan suka dan akan sentiasa mendapatkan ‘kerja tangan’ daripada anda,” ujar Cikgu Abd Razak lagi.

Akhir sekali, besar impian Cikgu Abd Razak mahu melihat anak didiknya berjaya dalam industri pertukangan suatu hari nanti.

"Memang saya akui, menghasilkan perabot bukan mudah. Ada masanya kita akan mengalah, tetapi saya mohon agar jangan cepat putus asa.

"Kekalkan sifat sabar dan rajin ketika bertukang. Fokus dan terus menimba ilmu baharu. Tidak lupa juga, sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan kerja-kerja pertukangan kayu kerana sentiasa bermain dengan peralatan yang berat, tajam dan berbahaya. Dan sebagai seorang guru, cikgu akan sentiasa mendoakan kamu semua,” katanya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

PROFIL

Nama: Ab Razak Mohd Yusof

Umur: 50 tahun

Asal: Pekan, Pahang

Idola: Nabi Muhammad SAW dan Mantan Pensyarah Maktab Perguruan Teknik, Cheras, Haris Baba (dalam pertukangan).

Facebook: pokjak_interior

Senarai sekolah yang pernah berkhidmat:

  • Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Keningau, Sabah 1993 – 1997 (kini dikenali sebagai KV Keningau)
  • SMV Temerloh, Pahang 1997 – 2000
  • KV Kuantan 2001 hingga kini

Anugerah dan pencapaian:

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2013)
  • Hakim KV Skills peringkat kebangsaan
  • Sebagai pemerhati dari Malaysia ke Asean Skills Competition di Bangkok 2018
  • Wakil Pahang (sepak takraw) kejohanan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Kebangsaan - Johan Kebangsaan 1999