Pengumuman pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi sesi persekolahan Penggal 3 2021/2022

Iklan
IMG-20211231-WA0028

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pengoperasian institusi pendidikan bagi sesi persekolahan Penggal 3, 2021/2022.

Iklan
Iklan

Kenyataan tersebut bagi menjawab persoalan pada 24 Disember lalu berkaitan sesi persekolahan bagi tahun akan datang.

Iklan

Pengumuman telah dimuat naik melalui laman rasmi Facebook KPM pada hari ini.

Iklan

BACA JUGA: Pembukaan sekolah bagi penggal 3 Tahun 2021/2022 ditangguh seminggu – KPM

BACA JUGA: KPM umum jadual terkini SPM, STAM dan UPBA 2021

Berikut merupakan butiran lanjut pengumuman tersebut:

(i) Sekolah Rendah

Murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hadir secara bersemuka tanpa penggiliran. Murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula hadir secara penggiliran. Semua ketetapan ini terpakai kepada murid sekolah swasta dan antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM. Ringkasan adalah seperti di Jadual 1.

(ii) Sekolah Menengah

MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan PPKI hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.

Murid kelas peralihan, Tingkatan 4, Tingkatan 5. Tingkatan 6, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara hadir secara bersemuka tanpa penggiliran sekiranya kadar vaksinasi lengkap dalam kalangan kumpulan murid tersebut di institusi berkenaan telah mencapai 90 peratus atau lebih. Pengoperasian institusi pendidikan yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih kekal secara penggiliran.

KPM akan mengeluarkan senarai institusi yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus pada setiap hari Rabu. Mana mana institusi pendidikan yang telah mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus akan dikeluarkan daripada senarai tersebut dan institusi boleh mula beroperasi pada hari Ahad/Isnin minggu berikutnya tanpa penggiliran.

Sementara itu, bagi murid Tingkatan 1. Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 pula, kehadiran adalah secara penggiliran.

Semua ketetapan ini terpakai kepada murid sekolah swasta dan antarabangsa yang setara dengan sekolah menengah KPM. Ringkasan adalah seperti di Jadual 2.

(iii) Sekolah Enrolmen Kurang 300 Murid

KPM juga telah menetapkan bahawa sekolah harian dan sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat yang mempunyai enrolmen kurang daripada 300 murid beroperasi sepenuhnya dengan kehadiran secara bersemuka tanpa penggiliran.

Namun, bagi sekolah ekspatriat yang enrolmen melebihi 300 murid. permohonan boleh dikemukakan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya. KPM akan membuat penilaian sebelum kelulusan diberikan. Ringkasan adalah seperti di Jadual 3.

(iv) Sekolah Berasrama Sepenuhnya

Murid Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6, prauniversiti, IBDP dan kelas peperiksaan antarabangsa yang setara bersemuka tanpa penggiliran. hadir secara

Murid Tingkatan 1. Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 di sekolah

berasrama sepenuhnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Ringkasan adalah seperti di Jadual 4.

(v) Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

Pengoperasian Kolej Vokasional bagi murid Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sistem Latihan Dual Nasional dan Diploma Vokasional Malaysia adalah secara bersemuka tanpa penggiliran mulai 9 Januari 2022.

Bagi pengoperasian kolej matrikulasi (KM), pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bermula pada 9 Januari 2022 untuk Program Matrikulasi Sistem Dua Semester dan Program Matrikulasi Sistem Empat Semester.

Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula, semua program pengajian akan memulakan kuliah secara bersemuka mulai 6 Februari 2022, mengikut kalendar akademik yang sedang berkuat kuasa. Ringkasan adalah seperti di Jadual 5, 6 dan 7.

Murid KM dan IPG yang telah menerima vaksin lengkap sahaja dibenarkan kembali ke kolej/kampus, selaras dengan Garis Panduan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi 3.0.

Pakaian Seragam dan Kehadiran Murid ke Sekolah

Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan jika pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.

Selain itu, sekiranya ibu bapa/penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Namun, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.

Institusi Pendidikan Terlibat Banjir

KPM akan terus memantau dan mengemas kini senarai institusi pendidikan yang terkesan dengan banjir atau dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Maklumat lanjut mengenai pengoperasian institusi terlibat akan dimaklumkan pada 3 Januari 2022, setelah mengambil kira kesediaan untuk beroperasi.