Permainan puzzle tidak melekakan, ini 5 manfaat yang guru dan pelajar dapat. Memang berbaloi!

Iklan
pexels-yan-krukov-6216441

Bila sebut permainan puzzle, kanak-kanak merupakan individu yang paling gembira kerana berpeluang bermain permainan tersebut.

Iklan
Iklan

Permainan puzzle yang terdiri dari dua atau tiga potongan besar, dan kemudian pindah ke permainan puzzle yang lebih kompleks dengan lebih banyak potongan yang lebih kecil dan lebih rumit, cukup membuatkan mereka leka tanpa menoleh kepada mainan lain.

Iklan

Bagaimanapun, permainan puzzle ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak semata-mata, bahkan guru dan pelajar yang suka pada cabaran, mengakui bahawa mereka juga suka bermain puzzle yang banyak melatih cara berpikir.

Iklan

Sebagai perkongsian untuk semua pembaca, Sinar Bestari senaraikan lima manfaat permainan puzzle untuk kanak-kanak, pelajar dan guru.

Ini kebaikannya yang mungkin ramai tidak tahu.

1) Penyelesaian masalah

Sepanjang tempoh menyiapkan puzzle, pemain puzzle akan belajar berfikir dan menyusun strategi. Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik. Semua langkah ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

2) Meningkatkan koordinasi tangan dan mata

Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak manipulasi tangan dan mata.

Koordinasi tangan dan mata (hand-eye coordination) adalah keupayaan untuk mengesan pergerakan tangan dengan mata, dan membolehkan mata untuk menghantar isyarat penting kepada otak mengenai pergerakan tangan tersebut. Koordinasi tangan dan mata yang lemah dapat mempengaruhi aktiviti seperti menulis.

3) Merangsang kemahiran kognitif

Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya.

Pemain seharusnya dapat memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal ketika mereka bermain puzzle.

Kemahiran kognitif membolehkan mereka memahami hubungan antara idea-idea, memahami proses sebab dan akibat serta meningkatkan kemahiran analisis masing-masing.

4) Kemahiran sosial

Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, masing-masing akan berbincang di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa dan saling berkongsi kegembiraan bila mana puzzle dapat disiapkan.

Justeru, permainan ini adalah antara alat pembelajaran yang hebat dan dapat merangsang aktiviti bekerjasama dan mengasah kemahiran bersosial.

5) Perkembangan motor halus

Ketika bermain puzzle, pemain akan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing dan berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai.

Kemahiran motor halus yang melibatkan penggunaan otot yang mengawal tangan, jari dan ibu jari ini adalah penting supaya mereka dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti menulis dan makan.

Artikel berkaitan 

Misi bantuan kemanusiaan, UPM dan UTeM turun padang ringankan beban mereka banjir

Ayat"tahniah, permohonan pertukaran anda diluluskan” bikin Cikgu Qarim terdiam dan hilang kata-kata! 

Kenali permainan tradisional yang popular satu ketika dahulu. Pelajar wajib tahu ini! 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok