Sakit belakang ketika menjalani PdPR, ikuti 5 tip ini kekalkan postur badan yang betul

Iklan
Concentration-Stretching-1030x644
Pandemik Covid-19 telah memaksa ramai pelajar untuk menjalani Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Hampir sehari suntuk pelajar terpaksa duduk di hadapan komputer bagi menjalani sesi pembelajaran.Keselesaan amat penting ketika belajar amat penting supaya pelajar dapat memanfaatkan pembelajaran dengan sepenuhnya.Pemilihan kerusi, meja yang bersesuaian memainkan peranan penting bagi memastikan keselesaan yang berpanjangan agar tiada kesan buruk yang akan berlaku pada masa hadapan.Postur badan ketika duduk yang lemah akibat daripada pelbagai faktor akan menjejaskan prestasi serta konsentrasi pelajar semasa sesi pembelajaran dan seterusnya akan memudaratkan kesihatan.BACA JUGA: Aplikasi Discord memudahkan proses PdPRBACA JUGA: Tip baiki komputer dan komputer riba ditenggelami airDi bawah ialah lima cara anda boleh mula membetulkan postur ketika belajar:[caption id="attachment_31442" width="540"] Kredit foto: Viewsonic[/caption]1. Laraskan ketinggian monitor andaSama ada di tempat kerja atau sekolah, penggunaan komputer telah menjadi perkara penting dalam kehidupan kita, jadi kita perlu memastikan ia digunakan dengan betul.Untuk berbuat demikian, anda mesti melaraskan bahagian tengah monitor pada paras mata anda.Dengan cara ini, kepala dan leher anda akan berada dalam kedudukan neutral (tidak bengkok ke hadapan atau terlalu condong ke belakang), dengan itu mengurangkan tekanan/ketegangan pada tulang belakang serviks.Pelajar tidak semestinya perlu membelanjakan wang untuk membeli penyelaras monitor. Sebaliknya, ia boleh dilakukan dengan menyandarkan monitor anda dengan beberapa buku supaya ia berada pada paras mata anda.Jika anda menggunakan komputer riba, anda boleh mendapatkan dirian komputer riba untuk menaikkan ketinggiannya dan menggunakan tetikus dan papan kekunci luaran.[caption id="attachment_31441" width="540"] Kredit foto: WorkriteErgonomics[/caption]2. Tukar kedudukan kerusi andaKetinggian kerusi anda juga harus dilaraskan supaya lengan anda boleh diletakkan di atas meja dengan selesa, selari dengan lantai.Semasa duduk, bahu anda harus ke belakang dan berada dalam keadaan santi dengan siku dibengkokkan pada 90 darjah. Pergelangan tangan diletakkan dengan selesa di atas meja.Lutut harus dibengkokkan pada 90 darjah. Dalam kedudukan ini, tulang belakang anda boleh mengekalkan lengkungan semula jadi di mana hanya terdapat sedikit tekanan pada sendi.[caption id="attachment_31443" width="540"] Kredit foto: Steelcase[/caption]3. Laraskan kedudukan kaki andaKedua-dua kaki anda hendaklah rata di atas lantai. Pelajar harus elak menyilangkan kaki dan kaki kerana ini mengubah biomekanik tulang belakang yang menyebabkan pengagihan berat badan tidak sekata.Pengagihan berat badan yang tidak sekata memberi tekanan pada tisu tulang belakang dan sokongan anda dan boleh mengakibatkan kerosakan serta perkembangan tulang belakang yang lemah pada kanak-kanak yang sedang membesar.Jika kaki anda tidak menyentuh lantai semasa duduk, anda boleh meletakkan bangku atau kotak di bawah kaki anda.[caption id="attachment_31444" width="542"] Kredit foto: Unsplash[/caption]4. Betulkan kedudukan tetikus dan papan kekunciPosisi tetikus dan papan kekunci yang betul adalah sama pentingnya dengan meletakkan monitor pada ketinggian yang betul.Tetikus dan papan kekunci harus diletakkan di hadapan anda. Bahu, siku dan pergelangan tangan anda hendaklah berada dalam keadaan santai semasa menggunakannya.Perlu diingat bahawa tidak sepatutnya berlaku ketegangan atau regangan semasa menggunakannya untuk tempoh yang berpanjangan.Dengan melakukan cara ini, pelajar boleh mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan juga tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan postur.[caption id="attachment_31445" width="541"] Kredit foto: StretchSPOT[/caption]5. Berehat secara berkalaPelajar tidak disarankan untuk duduk secara berterusan dalam kedudukan yang sama selama lebih daripada 30 minit. Pastikan pelajar berehat seketika (30 saat hingga seminit) setiap setengah jam untuk regangan ringkas.Ambil rehat lebih lama setiap jam (kira-kira 5 minit) supaya peredaran darah yang lebih baik serta mengurangkan beban dan ketegangan pada tulang belakang.Ikuti GPSBestari di Twitter dan FacebookJika pelajar mengikuti semua langkah ini, perubahan pasti dapat dirasai terutamanya dari segi keselesaan. Pelajar juga dapat meningkatkan tahap produktiviti kerana menjalani sesi pembelajaran dalam keadaan yang selesa dan tidak memudaratkan.Sumber: SpineCenter