Buku “Mari Kenali Sawit” inisiatif KPPK didik pelajar manfaat dan kebaikan minyak sawit

Iklan
269747119_462160838599866_4799458928420244993_n

PUTRAJAYA - Buku"Mari Kenali Sawit” merupakan usaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komodoti (KPPK) untuk mendidik pelajar mengenai manfaat dan kebaikan minyak sawit, sekali gus memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat tepat mengenai industri kelapa sawit.

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, buku itu yang mengetengahkan manfaat dan sumbangan minyak sawit kepada sosio-ekonomi negara, akan diedarkan secara percuma kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Iklan

"Terdapat dua variasi buku"Mari Kenali Sawit” yang dikhususkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Iklan

"Bahkan, dalam era teknologi dan pembelajaran yang semakin canggih dan digital, para pelajar juga boleh membuat imbasan pada kod QR yang terdapat di muka hadapan buku bagi pembelajaran dan pembacaan yang lebih interaktif,” jelas beliau.

Beliau turut meluahkan harapan agar para pelajar boleh membaca buku tersebut apabila sesi pembukaan sekolah dibuka pada minggu depan.

BACA JUGA: Rangkaian 5G, inisiatif rapatkan jurang digital antara tumpuan KKMM

BACA JUGA: Mangsa banjir tidak perlu ganti buku teks yang rosak – Radzi

Majlis pelancaran Buku"Mari Kenali Sawit” telah diadakan di LeMeriden, Putrajaya, pada Khamis.

Sempena majlis pelancaran buku itu, Zuraida turut membuat pelancaran kempen 'Malaysian Palm Oil Full Of Goodness' dalam Program Reach & Remind Friends Of The Industry Seminar 2022 & Dialogue yang diadakan pada Rabu.

Orang ramai yang berminat untuk membaca buku ini secara dalam talian, boleh berbuat demikian menerusi pautan di bawah mengikut bahasa pilihan masing-masing.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Bahasa Melayu - http://online.anyflip.com/pxbjk/fehx/mobile/index.html

Bahasa Inggeris - http://online.anyflip.com/pxbjk/gopa/mobile/index.html