“Pihak universiti sentiasa menjaga kebajikan orang seperti saya”, graduan OKU penglihatan mata luah rasa bersyukur belajar di UPM

Iklan
FIjqJ6PUUAM4Lyw

Kehilangan penglihatan bagi Khairullah Affarouk Paiman, 37, langsung tidak menjadi alasan untuk dia berputus asa.

Iklan
Iklan

Malah, menjadi pemangkin untuk terus berjuang dalam menimba ilmu bagi mencapai cita-cita.

Iklan

Affarouk merupakan salah seorang daripada 945 graduan UPM yang menerima skrol di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) ketika Majlis Konvokesyen UPM ke-44.

Iklan

[caption id="attachment_31767" width="600"] Affarouk diiringi ketika sesi penerimaan skrol di Majlis Konvokesyen UPM ke-44.[/caption]

Anak kelahiran Felda Pemanis, Segamat Johor itu kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Phd) dalam Bahasa Melayu, sejurus memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama.

Affarouk ketika ditemu bual berkata, cabaran yang paling sukar dilaluinya adalah ketika dia bersekolah.

Baca juga (VIDEO) Murid pendidikan khas OKU penglihatan juga boleh bermain ‘Snake & Ladder’ dan ‘Dominos’

Baca juga Mahasiswa UPM anjur kempen infaq untuk anak-anak istimewa dan autisme

"Saya tidak dilahirkan dengan kecacatan penglihatan. Namun, ketika saya bersekolah rendah, saya mula kehilangan penglihatan secara beransur apabila bola sepak terkena pada mata.

"Ketika memasuki alam persekolahan menengah, saya terpaksa ditempatkan di sekolah pendidikan khas yang lebih jauh berbanding sekolah rendah.

"Di situlah saya mempelajari penggunaan tongkat untuk membantu saya berjalan,” katanya.

Affarouk juga menceritakan kepayahan serta kesukaran yang dihadapi dalam menyesuaikan diri dengan suasana yang baharu. Proses pembelajaran juga amat sukar baginya.

Buku teks yang digunakan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mata amat terhad ketika itu. Jadi, dia terpaksa menyalin semula semua nota penting ke dalam tulisan braille dengan pertolongan guru di dalam kelas dan keluarga ketika di rumah.

Beralih kepada alam pengajian tinggi, Affarouk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Bahasa Melayu di UPM. Affarouk berkata pengalaman yang dialami ketika mengikuti sesi pengajian di UPM telah banyak memudahkan urusan dari segi kemudahan, pembelajaran dan pengangkutan.

"Bagi saya, penambahbaikan yang paling ketara dari segi kemudahan untuk pelajar OKU adalah dengan kewujudan penubuhan Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU.

"Hasilnya, saya dapat memanfaatkan mesin pencetak ke dalam tulisan braille yang dipanggil Embrosser yang terletak di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM.

"Saya amat bersyukur atas usaha UPM dalam memastikan kebajikan golongan seperti saya sentiasa terjaga,” katanya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Disebabkan itu, Affarouk banyak menghabiskan masanya di perpustakaan tersebut dari pukul 9 pagi sehingga 3.30 petang pada setiap hari.

Apabila bertanya tentang motivasi yang memacu Affarouk bagi mengharungi hari-hari yang mencabar, dia memberitahu ingin menjadi seorang pensyarah Bahasa Melayu.