Tidak tahan tinggal di rumah seperti 'tempat pembinaan', pelajar jurusan undang-undang berjaya saman tuan rumah

Iklan
newFile-8

Seorang pelajar jurusan undang-undang di Cambridge, United Kingdom telah berjaya menyaman tuan rumahnya apabila tidak tahan tinggal di penginapan universiti yang dikatakannya"seperti tapak pembinaan" dan"dipenuhi habuk".

Iklan
Iklan

Jack Simm, 19, pelajar di University of East Anglia, memanfaatkan ilmu di dalam kelas apabila berjaya mengheret Velocity Accommodation di Norwich ke muka pengadilan.

Iklan

Dia menyaman atas pelanggaran kontrak dan berjaya mendapatkan semula deposit, sewa bulan pertamanya serta kos mahkamah.

Iklan

Ketua Institut Pendidikan Undang-Undang Universiti East Anglia, Prof Andreas Stephan berkata Simm menunjukkan inisiatif yang hebat dan tindakannya adalah peringatan tentang bagaimana sistem perundangan untuk membetulkan kesalahan dan harus dipraktikkan oleh semua orang.

Baca juga Minat terhadap ‘anime’ dan K-pop, faktor utama dalam peningkatan bilangan pelajar mengambil ijazah Bahasa Korea dan Jepun.

Baca juga Sekolah di UK perkenalkan kamera pengecaman muka di kantin untuk transaksi makanan

"Sebagai sebuah Institusi Pendidikan Undang-Undang, kami menggalakkan pelajar kami membuat perubahan dan sebilangan telah menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka dari kelas untuk mencabar tuan tanah yang tidak bertanggungjawab,” ulas lanjut beliau.

Pada awal tahun ini, terdapat satu tinjauan yang dilakukan oleh The Independent menunjukkan kebanyakan pelajar tinggal di tempat yang"tidak sesuai untuk didiami" - atas sebab seperti pintu dan penggera yang sudah rosak, kotor dan lembap.

Menurut Simm, ia kelihatan lebih seperti tapak pembinaan daripada tempat tinggal dan lantai biliknya dipenuhi habuk .

Dia juga telah memberi tuan rumah tempoh seminggu untuk menyelesaikan segala masalah tetapi tiada apa-apa yang berubah sebelum membuat keputusan untuk menyaman tuan rumahnya.

"Saya memilih untuk menegakkan keadilan dengan ilmu yang saya pelajari di dalam kelas serta menggunakan ilmu tersebut ke dalam dunia sebenar dengan saluran yang betul.

"Bagi saya ia adalah satu kes yang agak mudah. Saya hanya perlu membuka buku teks semula dan meneliti undang-undang berkaitan Undang-Undang Kontrak serta mengaplikasikannya dalam kes ini,” jelasnya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Hasilnya, Mahkamah Daerah Newcastle memutuskan tuan rumah untuk membayar Simm sebanyak £859 untuk menampung deposit dan sewa bulan pertama, serta £140 untuk yuran mahkamah.

Sumber: The Independent