Pandemik Covid-19 mengubah cara penggunaan peranti apabila ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Dengan pembukaan sekolah bagi tahun 2022, kebanyakan pelajar telah memasuki kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, keseronokan mereka masih boleh diteruskan dengan bermain permainan video yang sebenarnya mendidik pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
Dengan teknologi yang ada di sekeliling kita, permainan video kini bukan hanya digunakan untuk meluangkan masa lapang malah penciptaan permainan video yang dilihat semakin kreatif dalam menyelitkan unsur pendidikan boleh dimanfaatkan oleh kanak-kanak.
Secara tidak langsung, proses pembelajaran juga akan menjadi berkesan lebih-lebih lagi jika kanak-kanak berasa seronok melakukannya.
Kali ini GPSBestari kongsikan beberapa permainan video yang boleh memberi pengajaran serta mendidik kanak-kanak dengan pelbagai ilmu pengetahuan:
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=MmB9b5njVbA[/embed]
Minecraft
Permainan membina dunia Minecraft membolehkan pemain meneroka, mengumpulkan sumber, mencipta alatan dan terlibat dalam beberapa pertempuran. Permainan ini mempunyai mod yang berbeza. Antaranya Survival, Creative, Adventure, Spectator dan Multiplayer. Jadi, pemain mempunyai fleksibiliti dalam cara mereka memainkan permainan video ini.
Minecraft mengajar erti kerja berpasukan dan memberi motivasi untuk meningkatkan kemahiran membaca dan matematik. Untuk menjadi lebih baik dalam permainan, kanak-kanak mula mengasah ilmu pengetahuan atau menimba ilmu baharu seperti mengira catuan untuk pengembaraan dan membahagikan bekalan.
Baca juga Aplikasi Discord memudahkan proses PdPR
Baca juga Main ‘game’ pun boleh belajar, jom kenali portal permainan pembelajaran untuk anak-anak
https://www.youtube.com/watch?v=h65XDlEoFZ0
The Oregon Trail
The Oregon Trail sudah wujud sejak 70-an dan telah melalui banyak perubahan sejak itu. Dengan kemas kini terbaharu, ia membolehkan pemain untuk berdagang, menaik taraf gerabak dan membeli makanan dan ubat untuk meningkatkan peluang pasukan untuk terus hidup.
Sepanjang perjalanan, pemain akan berdepan pelbagai cabaran seperti menghadapi penyakit, sungai yang menghalang laluan, penyamun di jalanan, dan kekurangan makanan. Walaupun situasinya agak dramatik, pemain dapat mempelajari dengan cepat tentang persiapan dan membuat keputusan dengan mengambil kira kesan jangka panjang.
https://www.youtube.com/watch?v=gMEpreV-aGk
Wordscapes
Peminat permainan tradisional, Scrabble mungkin akan tertarik dengan aplikasi Wordscapes, yang membolehkan kanak-kanak mempelajari perkataan baharu dan mengasah kemahiran berfikir secara logik.
Pemain boleh mendapat percubaan tanpa had untuk menyelesaikan teka-teki silang kata menggunakan hanya segelintir huruf (dengan beberapa petunjuk percuma). Aplikasi ini memberi cabaran kepada pemain di beberapa peringkat. Wordscapes mempunyai kamus yang sudah terbina di dalam aplikasi tersebut bagi memudahkan kanak-kanak menambah kosa kata mereka.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
https://www.youtube.com/watch?v=aAa9Ao26gtM
Kerbal Space Program
Kanak-kanak tidak perlu ke angkasa untuk menjadi seorang angkasawan. Permainan video simulasi roket ini memberi fokus kepada program angkasa untuk bangsa asing yang dipanggil Kerbals.
Apabila pemain memulakan permainan, mereka akan ditugaskan untuk membina roket yang berfungsi supaya boleh berlepas ke angkasa. Di sinilah aspek fizik aerodinamik memainkan peranan agar roket yang dibina tidak menghadapi sebarang masalah untuk berlepas ke angkasa.
https://www.youtube.com/watch?v=kuJGiYC4cyg
Siri Democracy
Jika kanak-kanak berminat untuk terlibat dalam politik, kini mereka boleh mencubanya dengan siri permainan Democracy. Dalam permainan simulasi kerajaan ini, pemain bermain sebagai presiden atau perdana menteri kerajaan demokratik dan mengubah dasar dalam bidang cukai, ekonomi, kebajikan, dasar luar, pengangkutan, undang-undang dan ketenteraman serta perkhidmatan awam.
Fokus utama permainan video ini ialah setiap dasar mempengaruhi faktor lain seperti tahap kebahagiaan pengundi, kadar jenayah dan kualiti udara, sebagai contoh. Pemain juga perlu menangani situasi seperti gelandangan atau protes dan perlu membuat keputusan sewajarnya agar bandar yang dikuasai akan aman dan sejahtera.
Sekali-sekala, ibu bapa boleh memberi galakkan supaya kanak-kanak mempunyai keseronokan ketika mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dengan bantuan permainan video seperti di atas