Ibu bapa sebak bila dua anak naik pentas bersama-sama terima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama

Iklan
1418195

Apabila diumumkan dua anaknya menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan baru-baru ini, tiada yang mampu diperkatakan oleh ibu bapa mereka melainkan ucapan syukur kepada ALLAH SWT.

Iklan
Iklan

Bapa, Rosli Ahmad, 59 dan ibu, Zarina Nusi, 56 berkata, kejayaan itu cukup menggembirakan hati mereka sekeluarga malah ia adalah satu permulaan buat kedua-dua anaknya untuk lebih berjaya apabila berada di alam pekerjaan kelak.

Iklan

"Aqilah Fatinah, 25 dan adiknya Athirah Najihah, 24, merupakan anak yang rajin mengulang kaji pelajaran. Mereka tidak pernah putus asa dan saling berbincang dalam apa jua perkara berkaitan pengajian.

Iklan

"Saya masih ingat, setiap kali mereka belajar, satu sahaja pesan saya supaya sentiasa berusaha keras untuk berjaya dalam hidup termasuklah dalam pendidikan,” katanya.

Baca juga 6 sebab mengapa cikgu di Malaysia perlu memiliki akaun Twitter

Baca juga Pengantin baharu teruja, kongsi pentas di majlis konvokesyen UniSZA

Terdahulu, Aqilah Fatinah dan Athirah Najihah antara 98 orang penerima anugerah berkenaan di negeri ini yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama setelah menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Mereka diraikan pada Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan, 17 Januari lalu.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Aqilah Fatinah berkata, penganugerahan tersebut merupakan hadiah paling manis dalam hidupnya apabila berkongsi detik istimewa bersama adik sendiri di satu pentas.

"Kejayaan ini didorong dengan sokongan daripada ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa memberi semangat.

"Terima kasih semua kerana sentiasa berada di belakang kami berdua. Kejayaan ini untuk anda juga,” katanya yang mengikuti jurusan Perakaunan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Dalam pada itu, Aminuddin dalam ucapannya berkata, masa depan kerajaan negeri dan negara akan ditadbir dengan orang yang layak dengan adanya barisan mahasiswa cemerlang.

"Pada majlis ini terdapat 98 pelajar cemerlang yang akan menerima RM5,000 seorang beserta sijil,” katanya.