272246237_1284848348686537_3107990571237831440_n
272246237_1284848348686537_3107990571237831440_n

Pengantin baharu teruja, kongsi pentas di majlis konvokesyen UniSZA

Adlan Farhan Azwan
24 Jan 2022 11:26am
A
A
A

KUALA NERUS - Pasangan pengantin baharu, Izran Iskandar Rosli dan Noor Syafiqah Azim Mohd Zainurin ternyata teruja dan gembira apabila berpeluang berkongsi pentas pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ke-12 yang berlangsung di sini, semalam.

Noor Syafiqah Azim yang merupakan graduan Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) sesi 2020 menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.85 di samping suaminya, Izran Iskandar yang juga rakan sekuliah.

Lebih manis lagi, Noor Syafiqah Azim yang berasal dari Semenyih, Selangor turut dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja, iaitu anugerah tertinggi pada majlis konvokesyen berkenaan.

Baca juga Pasangan kembar antara 309 graduan kelas pertama dirai dalam Majlis Konvokesyen UMT

Baca juga “Bergelar OKU bukan penghalang untuk berjaya” – Graduan UKM

Menurut kedua-dua pasangan itu, kepenatan kerana terpaksa menyiapkan persiapan perkahwinan yang dihadapi bukan alasan buat mereka untuk melepaskan peluang seumur hidup itu.

“Setelah selesai majlis perkahwinan sekitar pukul 9 malam, kami terus bersiap dan bergerak dari Semenyih ke Terengganu pada pukul 11 malam.

“Atas sokongan yang diberikan oleh keluarga yang turut hadir ke majlis konvokesyen itu, kami gagahkan diri untuk hadir juga ke majlis berkenaan walaupun penat akibat tidak rehat beberapa hari sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu, turut menerima anugerah yang sama ialah Lim Jing Ying, graduan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian.

Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali ke-12, Noor Syafiqah Azim Mohd Zainurin dan Lim Jing Ying. Kredit foto: UniSZA

Jing Ying yang kini meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dalam bidang dietetik melalui mod penyelidikan meluahkan perasaan gembira dengan penganugerahan itu.

Kedua-dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja membawa pulang wang RM7,500 di samping sijil dan pingat bersadur emas bernilai RM1,000.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Seramai 3,345 graduan UniSZA menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen secara bersemuka hingga Khamis ini.

Daripada jumlah itu, seramai 105 merupakan graduan doktor falsafah (PhD) diikuti 126 sarjana, sarjana muda (1,801 orang) dan diploma (1,178 orang)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok