photo-1616469829167-0bd76a80c913
photo-1616469829167-0bd76a80c913

6 sebab mengapa cikgu di Malaysia perlu memiliki akaun Twitter

Roshlawaty Md Raieh
21 Jan 2022 10:57am
A
A
A

Penggunaan Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya dilihat semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini.

Masing-masing telah menggunakan akaun media sosial itu untuk menyebarkan maklumat atau berkongsi apa sahaja mengenai kehidupan seharian.

Bagi golongan guru pula, akaun di media sosial itu telah diisi dengan pelbagai perkara berkaitan dengan dunia pendidikan.

Ada yang berkongsi perihal tip skor A subjek, teknik menjawab soalan, pengalaman memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan sebagainya.

Bagaimanapun, media sosial seperti Twitter dilihat tidak semeriah berbanding akaun Facebook dan yang lain-lain atas sebab-sebab tertentu.

Guru subjek Sains, Cikgu Mohd Azhar seperti dipetik menerusi blognya berkata, Twitter ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri untuk warga guru.

“Saya kongsikan enam sebab mengapa Twitter perlu digunakan oleh cikgu-cikgu. Harapnya, dengan apa yang dikongsi ini, dapat memberi manfaat buat pendidik di Malaysia,” katanya.

Jom fahamkan apa yang diperkatakan oleh Cikgu Mohd Azhar ini.

*****

Twitter merupakan sejenis aplikasi media sosial berbentuk mikroblogging.

Penggunaan Twitter bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia sama seperti penggunaan aplikasi media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya.

Namun dalam kalangan cikgu di Malaysia, ramai yang menggunakan Facebook dan Whatsapp atau Telegram sebagai medium komunikasi dalam pengurusan pendidikan dan PdPc mereka.

Sebaliknya di luar negara, Twitter lebih banyak digunakan oleh golongan profesional seperti pendidik yakni guru, ahli akademik, ahli politik dan ramai lagi dalam komunikasi harian mereka.

Antara ciri-ciri yang ada pada Twitter adalah seperti tweet, retweet, retweet dengan komen, tweet undian, tweet pautan dan sebagainya.

Ciri-ciri ini boleh membantu komunikasi harian cikgu. Dengan siapa kita hendak berkomunikasi, maka penggunaan tag rakan-rakan cikgu (seperti @mohd_azhars) atau pelajar-pelajar membolehkan cikgu mewujudkan rangkaian komunikasi sendiri. Berkaitan apa yang akan diperkatakan, guru boleh menggunakan hashtag (seperti #notasains).

Post-post di Twitter boleh dilakukan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai dan secara tidak langsung info-info yang dipostkan ke Twitter dapat mewujudkan satu platform komunikasi yang membolehkan membantu pembelajaran pelajar.

Berdasarkan kepada pembacaan saya, ingin saya kongsikan beberapa kelebihan sekiranya aplikasi Twitter ini digunakan oleh cikgu:

1) Berkongsi idea

Apa sahaja idea baharu sama ada berkaitan denga PdPc, PAK21, pedagogi, teknologi pendidikan atau yang berkaitan dengan pengetahuan atau amalan pengajaran baharu, cikgu-cikgu boleh berkongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain bukan sahaja di Malaysia bahkan para pendidik di seluruh dunia. Manalah tahu, Menteri Pendidikan kita balas tweet cikgu.

2) Perkongsian bahan PdPc

Sumber atau bahan PdPc yang diperoleh sama ada laman sesawang, imej atau video boleh dikongsikan dengan semua cikgu dan pelajar dan bukan hanya dalam komuniti sekolah sendiri sahaja bahkan komuniti pendidik seluruh Malaysia.

Selain itu juga guru boleh mendapatkan bahan berkaitan PdPc menerusi beberapa akaun Twitter Pendidikan seperti Tutor TV SPM (@TutorTVSPM) dan Tutor TV PT3 (@TutorTVPT3).

3) Medium pengumuman

Cikgu boleh membuat pengumuman berkaitan aktiviti sekolah seperti mesyuarat kelab dan persatuan, aktiviti perkhemahan, kokurikulum, hari anugerah kecemerlangan, hari sukan sekolah dan lain-lain pada bila-bila masa.

Selain itu, pihak sekolah turut boleh menjadikan aplikasi Twitter ini sebagai medium pengumuman rasmi sekolah.

4) Komunikasi dengan ibu bapa

Cikgu juga boleh menyebarkan info atau aktiviti berkaitan dengan persekolahan kepada pelajar dan ibu bapa.

Ramai ibu bapa sekarang aktif menggunakan media sosial. Apa salahnya kali ini dedahkan mereka dengan aplikasi komunikasi yang lebih pelbagai. Foto dan video yang di-tweet akan memberikan informasi terkini kepada ibu bapa.

5) Info sahih pendidikan

Cikgu-cikgu boleh mendapatkan info sahih berkaitan dengan pengumuman atau dasar baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing melalui aplikasi Twitter dengan lebih cepat dan sudah pastinya sahih dan tepat.

6) Rangkaian bersama edufluencer

Selain itu, cikgu-cikgu juga boleh mewujudkan suatu rangkaian komunikasi bersama para edufluencer untuk perkongsian idea.

Sumber: Blog cikguazhar.com

Artikel berkaitan

Nur Asyiqin dinobat penerima Anugerah Naib Canselor UKM. Tak sangka ini rahsia yang dia kongsikan!

Guru dan inventor mampu hasilkan inovasi hebat menerusi teknik SCAMPER

Guru Cemerlang kongsi jalan pintas skor A+ Kimia SPM 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok