Bagi pelajar yang berminat untuk menceburi bidang perubatan, khususnya untuk bergelar jururawat.
Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai kerjaya hebat tersebut antaranya warna jalur berbeza bagi enam pangkat jururawat di hospital kerajaan.
Ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini, jadi jom kita fahami perkara tersebut.
**
Bagi anda yang pernah ke hospital kerajaan pasti pernah melihat para jururawat berpakaian seragam tetapi berbeza jalur warnanya.
Seorang staf di hospital kerajaan, Lara Marina berkongsi ciri yang membezakan uniform jururawat hospital kerajaan.
Sesiapa sahaja yang berminat untuk memasuki latihan Separa Perubatan wajib tahu kod ini.
1. Jururawat jalur biru
Jururawat yang memakai seragam berjalur biru merupakan jururawat terlatih. Kebiasaannya, dipanggil Staff Nurse (SN) yang juga penolong kanan doktor.
[caption id="attachment_34508" width="600"] Jururawat jalur biru di hospital kerajaan. Kredit foto: Sinar Harian.[/caption]
SN membantu doktor membelikan ubat, menyediakan tatacara kejururawatan, menulis laporan pesakit, menyempurnakan pelan perawatan doktor pakar, menukar cadar katil dan membersihkan pesakit.
Mereka bertugas bersama Penolong Pegawai Perubatan di jabatan kecemasan, wad-wad, klinik pakar, klinik 1Malaysia dan klinik kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab di klinik dan hospital kerajaan kecuali tugasan melibatkan Post Basik Midwifery.
2. Jururawat jalur ungu
Jururawat ini merupakan jururawat masyarakat (JM) yang mempunyai kemahiran menyambut kelahiran bayi.
Mereka juga bidan profesional yang mengetuai klinik desa atau rumah bidan kerajaan dan berkhidmat untuk ibu mengandung selain membuat perancangan keluarga, lawatan ke rumah dan perkhidmatan kanak-kanak.
JM ini turut ditugaskan di klinik kesihatan kerajaan untuk memeriksa ‘vital sign’ pesakit 30 minit sekali atau empat jam sekali di samping membantu menyuapkan makanan kepada pesakit yang kurang upaya atau tiada keluarga, membuang najis, menukar lampin pakai buang dan menukar cadar serta kain pesakit yang kotor.
JM juga banyak ditugaskan di Jabatan Obstetric dan Gynaecology (O&G), di wad atau bilik bersalin.
Untuk kenaikan pangkat, JM akan menjalani kursus selama setahun Pangkat Secara Latihan (PSL) sebelum menjadi SN.
3. Jururawat jalur kuning
Jururawat ini adalah jururawat pergigian yang ditugaskan di klinik gigi kerajaan dan tanggungjawab mereka berkaitan dengan penjagaan dan kesihatan gigi.
Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk memberi ceramah di sekolah-sekolah mengenai cara memberus gigi dengan betul, penjagaan dan rawatan gigi yang lain.
Untuk ceramah pergigian lazimnya untuk kanak-kanak dan ibu bapa yang berusia lima bulan manakala rawatan pergigian pula diberikan kepada pesakit yang berumur 17 tahun ke bawah.
Jururawat Pergigian juga bertugas untuk memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit.
Untuk jururawat yang memiliki post basik pergigian seperti post basik ortodontik akan bertugas di klinik pakar.
Bagi jururawat jalur oren pula merupakan Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) yang membantu doktor pergigian untuk merawat pesakit di hospital kerajaan.
4. Jururawat jalur biru di bahu dan seluar biru gelap
Jururawat ini adalah jururawat lelaki di mana tugasnya sama seperti Jururawat Jalur Biru.
5. Penolong Pegawai Perubatan
Staf ini juga dipanggil sebagai Medical Assistant (MA) yang berbaju putih, bertali leher dan berseluar hitam.
MA dilihat ramai ditugaskan di jabatan kecemasan dan mereka merupakan barisan hadapan yang menyambut penyakit di sana.
Lazimnya, MA akan menilai pesakit tersebut sebelum ditempatkan mengikut zon merah, hijau atau kuning.
Selain itu, mereka juga menjawab panggilan ambulan dan ke lokasi kemalangan untuk memberi pertolongan cemas.
6. Pembantu Perawatan Kesihatan
Mereka sering digelar sebagai PPK yang memakai baju putih, kasut hitam dan berseluar putih menjadi petugas di wad-wad, klinik dan jabatan kecemasan.
Jika ditempatkan di jabatan kecemasan, PPK membantu MA dan jururawat untuk menyempurnakan tatacara kejururawatan seperti menguruskan pesakit ke wad, menghantar contoh darah ke makmal dan lain-lain.
PPK di wad pula membantu jururawat menyelesaikan tugas-tugas kejururawatan dengan menghidangkan makanan untuk pesakit, mengiringi pesakit ke jabatan x-ray, pergigian atau oftalmologi sekiranya ada pesakit yang memerlukan rawatan di sana.
PPK bukan lelaki sahaja, kaum perempuan juga menganggotai jawatan ini yang berpakaian putih, berseluar putih dan bertudung putih tanpa jalur dan berkasut hitam.
Sumber: Blog Ikhwan Fahmi
Kredit: Facebook Lara Marina
Artikel berkaitan
Hendak tahu asal usul kenapa jururawat Malaysia dipanggil ‘Misi’?
Pelajar cemerlang SPM ini realisasi hajat arwah ibu untuk jadi doktor
Ini 6 tip yang perlu ada pada seorang doktor gigi!