kerajaan melaka
kerajaan melaka

Pelajar cemerlang SPM ini realisasi hajat arwah ibu untuk jadi doktor

Rasyidah Zulkifi
02 Aug 2022 08:08pm
A
A
A

Baru-baru ini, bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka, Nurul Nabilah Mohd Razizan, 18, menerima pengiktirafan kerajaan negeri selepas memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Nurul Nabilah merupakan antara 290 pelajar cemerlang yang mendapat anugerah tersebut di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.

Di sebalik perasaan gembira mendapat penganugerahan itu, terselit kesedihan yang menyelubungi diri.

“Saya belajar bersungguh-sungguh sebab memang untuk membanggakan ibu sahaja.

“Jadi saya terkilan kerana tidak sempat berkongsikan kejayaan itu dengannya ketika berada di hospital.

“Sesampainya saya di sana, ibu sudah tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman dalam darah dan pergi buat selamanya,” katanya.

Biarpun sedih kehilangan orang tersayang, namun titipan terakhir arwah menjadi pembakar semangat.

“Semasa hayatnya masih ada, ibu berpesan kepada saya agar menjadi seorang doktor perubatan suatu hari nanti.

“Kini, saya sedang menunggu keputusan permohonan bagi melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang Asasi Perubatan di Universiti Malaya (UM),” ujarnya.

Tambahnya, rahsia mencapai keputusan cemerlang dalam SPM adalah taat dalam perintah agama dan meninggalkan segala larangannya.

“Di samping itu, saya juga menjauhkan diri daripada bermain telefon pintar, mendengar kata ibu bapa dan melakukan solat sunat,” tuturnya lanjut.

Artikel berkaitan

Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar 

Pelajar cemerlang SPM 2021 terkedu ibu kerja semula untuk biaya pengajian tinggi

TNB peruntuk tajaan RM120 juta kepada 331 pelajar cemerlang SPM 2020


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok