Penutupan sekolah adalah langkah terakhir - Khairy

Iklan
1440768

PUTRAJAYA - Keputusan penutupan sekolah hanya akan dibuat sebagai langkah terakhir sekiranya penularan Covid-19 terlalu teruk dan tidak terkawal.

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) terlebih dahulu tentang sebarang isu penutupan sekolah tetapi setakat ini, keadaan masih terkawal.

Iklan

"Pada pandangan KKM, buat masa ini, memandangkan tiada kes tahap empat atau lima, diminta penilaian risiko terus dibuat di peringkat sekolah dan pelajar yang positif diingatkan untuk tidak datang ke sekolah.

Iklan

Baca juga  Kluster pendidikan: Tiada keperluan tutup sekolah berasrama – Khairy

Baca juga Radzi bawa anak bongsu ambil vaksin, PICKids ternyata cepat dan teratur

"Sekiranya berlaku penutupan sekolah dan mereka terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kita hanya akan berpatah balik dan tiada kemajuan bagi pendidikan untuk anak-anak.

"Kami hanya akan meminta kelas untuk ditutup dan tindakan menutup sekolah sebagai langkah terakhir kerana ia akan memberi kesan dari segi tumbesaran dan pembangunan anak-anak sama ada intelek atau sahsiah mereka,” katanya ketika sidang media perkembangan Covid-19, semalam.

Dalam pada itu, Khairy berkata, peningkatan kluster pendidikan berlaku adalah disebabkan sekolah-sekolah asrama gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kita mendapati murid-murid yang balik ke asrama tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga kebersihan tangan dan kendiri.

Ikuti juga kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarbestarimy

Instagram: https://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy

Youtube: https://www.youtube.com/c/SinarBestariMy/

"Perkara ini telah disampaikan kepada KPM dan kita akan membuat penambah baik dalam SOP dari segi pemakaian pelitup muka, pengudaraan dalam kelas dan juga kebersihan kendiri,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, guru-guru juga disaran untuk mendapatkan dos penggalak dan meminta KPM memberikan senarai warga pendidik yang masih belum menerima dos berkenaan.

Pada minggu epidemiologi ke-lima (ME ke-5), sebanyak 52 daripada 89 kluster baharu adalah dikenalpasti sebagai kluster pendidikan.