1416216
1416216

Kluster pendidikan: Tiada keperluan tutup sekolah berasrama - Khairy

Rasyidah Zulkifi
21 Jan 2022 04:58pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk menutup sekolah berasrama di negara ini walaupun terdapat peningkatan kluster Covid-19 di sekolah itu kerana sebahagian besarnya hanya melibatkan gejala ringan ataupun tiada gejala.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penutupan sekolah itu juga dilihat sebagai langkah ke belakang memandangkan peratusan vaksinasi remaja sudah mencapai 90 peratus.

“Jangkitan Covid-19 ini adalah perkara yang akan jadi dan kita tidak boleh lari daripada jangkitan. Selagi kesan gejala jangkitan itu tidak teruk, mereka boleh diasingkan di asrama atau di rumah,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Baca juga: COVID: Sabah rekod 73 kes daripada kluster baharu libatkan sekolah di Sandakan

Baca juga: Covid-19: 99 pelajar Maktab Mahmud disahkan positif

Terdahulu, beliau berkata, sejumlah 52 kluster pendidikan termasuk 27 sekolah berasrama dikesan bagi tempoh Minggu Epid Satu tahun ini hingga Rabu.

“Daripada 52 kluster ini, siasatan mendapati 44 kluster dengan kes indeksnya adalah pelajar manakala guru atau pensyarah bagi lima kluster dan staf sokongan pusat pendidikan bagi tiga kluster lagi,” katanya.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Khairy juga berkata, perkumpulan ramai telah meningkatkan risiko penularan jangkitan menyebabkan jumlah kluster di sekolah pada minggu pertama persekolahan sebanyak 15 kluster.

Beliau berkata pada minggu kedua persekolahan, bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 dengan semua negeri melaporkan kluster kecuali Perlis, Terengganu, Sarawak dan Labuan. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok