Baru darjah 3 sudah pandai jadi ‘pak guard’, seorang ibu kongsi telatah yang dilihatnya di sekolah

Iklan
1044477

Sesi persekolahan menyaksikan pelbagai gelagat dan telatah murid-murid yang boleh dilihat dan sering dikongsikan melalui laman media sosial.

Iklan
Iklan

Sinar Bestari tertarik dengan hantaran yang dibuat oleh Suhaili Baharudin melalui laman Facebook yang berkongsi tentang telatah seorang murid darjah tiga bertugas sebagai ‘pak guard’ sekolah.

Iklan

Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Iklan

*****

Ada beberapa hari tiap kali jemput Malaeka Amanda balik sekolah, akan ada seorang budak lelaki kat sebelah makcik guard.

Selesai waktu persekolahan, murid-murid akan diminta berkumpul dalam satu dewan dan tunggu di situ sehingga ibu bapa sampai. Susah untuk lihat murid-murid merayau sana sini kecuali di sekolah menengah.

Kebiasaan apabila ibu bapa datang untuk menjemput anak-anak, ‘guard’ akan menggunakan ‘walkie talkie’ untuk menyebut nama anak dan tunggulah sampai anak keluar dari kelas.

Hari itu aku sampai sewaktu kereta banyak. Beratur panjang hendak tunggu giliran sampai makcik ‘guard’ dengan ‘walkie talkie’ itu. Biasa makcik tu sudah hafal rupa kereta jadi tidaklah aku kisah sangat.

Budak kecik sebelah dia, comel ya ALLAH bulat sangat. Umur macam Darjah Satu begitu.

Berpeluh-peluh dia di sebelah makcik tu dengan beg sekolah bagai. Asalkan kereta lalu kat depan dia je,

"Anak pakcik nama siapa?”

"Anak nama apa tadi??”

(Muka serius)

Kejap lagi kereta depan aku itu buka lah tingkap untuk sebut nama anak dan budak itu bagitahu makcik ‘guard’ nama anak dia Arisa! Panggil anak dia sekarang!

Dia buat pada semua kereta yang beratur. Aku yang beratur dekat belakang ini macam terpinga-pinga. Eh, sekolah lantik budak ini jadi pengawal keselamatan ke?

Sampai giliran aku, dah tentu aku hendak memudahkan urusan budak itu. Jadi awal-awal buka tingkap hendak sebut nama anak-anak aku hahahahah. Sebab budak itu hendak tanya kejap lagi kan? Aku teruja nak bercakap dengan dia ni hahahah.

Sejurus aku lalu sahaja depan dia terus dia tunjuk tangan dia dekat aku,

"Anak acik nama siapa?”

"Malaeekkkkk…”

Tangan makcik guard tahan budak itu hahahahaha. Tak bagi sibuk hahahaha tergelak aku.

Dengan bulat sihatnya, dengan berpeluh-peluh sekali dengan begnya, dengan rentung sebab main panasnya, dengan rendah renek comelnya eh geram pulak aku.

Bila tanya Malaeka Amanda, dia kata budak itu sekolah situ juga. Darjah Tiga dan memang kelakar sebab jenis yakin sampai tidak tahu punca sebegitu. Kalau dekat dewan semua cikgu-cikgu suka bercakap dengan dia mommy! Haaa, mak syak dia ini sejenis penghibur dan pengubat stres.

Paling aneh dia melantik diri sendiri jadi ‘guard’ setiap hari. Tak boleh dibayangkan bila kereta abah dia sendiri lalu haha.

Selepas itu, ada satu hari Jumaat, mereka (murid-murid) memang balik sekolah pukul 11 dan aku tercongok depan sekolah macam biasa. Ada budak lelaki tiga orang sekolah menengah tengah bersidai.

Sekolah itu pelajar lelaki boleh simpan rambut panjang. Dulu-dulu aku pelik la jugak tapi lama-lama tengok ‘stylo’ pula budak-budak ini semua.

Yang tiga orang ini tidak ada kerja main sepak-sepak manja sesama sendiri. Aku sepak kau, kau ‘flying kick’ aku balik dan seorang lagi jadi pengadil. Seorang lagi rambut dia sudah serupa apa entahlah. Alleycats sikit, ‘afro’ sikit sampai dah tidak berapa nampak muka.

Tiba-tiba seorang tu berhenti main sepak dan tanya"eh how often u wash your hair? Bila last syampu?”

Budak itu jawab"last Friday.”

Semua yang ada kat di situ terbeliak mata terkejut tidak percaya. Selepas itu, sambung main sepak-sepak. Aku yang dari tadi perhati turut terbuntang mata..

Hoi dah Jumaat bertemu Jumaat, kenapa kau tak syampu ya ALLAH. Mesti gatal kulit kepala merenyam minta ampun. Patutlah kejap-kejap dia tergaru rambut tu.

Hendak sahaja aku menyampuk dari dalam kereta."Oi, you should shampoo your hair at least two times a week.” Tidak meremang ke tengok rambut sendiri itu?

Ya ALLAH pelik-pelik budak sekolah ini. Sekejap jumpa hantu, sekejap menyamar jadi ‘guard’. Macam-macam jenis ada. Lagi lama aku bersidai dekat tempat letak kereta tunggu anak balik sekolah, lagi banyak benda aneh aku jumpa.

Jangan sampai aku ‘apply’ jadi makcik ‘guard’ ya, awas semua korang.

Sumber: Facebook Suhaili Baharudin

Artikel berkaitan 

Tip buat soalan guna voice note melalui Google, perkongsian Cikgu Raihan sangat mengujakan

Tip menulis entri blog pendidikan, guru-guru wajib hadam perkongsian ini

Inilah anak-anak Malaysia yang genius! Hadiahkan 6 anugerah untuk negara. Luar biasa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok