Sekolah menengah tidak sesuai dijadikan pusat undi PRN Johor - KPM

Iklan
Screenshot (50)

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) tetap dengan pendirian supaya sekolah menengah di Johor tidak dijadikan sebagai pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Pendirian itu dibuat kerana tidak mahu menggangu persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Iklan

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, ini kerana pelajar yang menduduki peperiksaan itu adalah kohort SPM yang paling terkesan sewaktu mereka berada di Tingkatan Empat dan Lima ekoran pandemik Covid-19.

Iklan

Menurutnya, setiausaha peperiksaan di sekolah telah menyusun proses peperiksaan ini untuk satu tempoh yang panjang dan ia bukan sekadar susunan meja sahaja kerana proses peperiksaan ini melibatkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu digunakan sebelum tempoh pandemik Covid-19.

Baca juga

KPM lanjut pengecualian sewaan kantin – Radzi

Kluster pendidikan: Tiada keperluan tutup sekolah berasrama – Khairy

Selain itu, pihaknya tidak mahu susunan ini diganggu, dipindahkan dan diasingkan untuk tujuan pilihanraya kerana proses tatacara yang kita gunakan dalam susunan berkenaan memerlukan penelitian secara satu persatu.

"Setiap meja ada barcode tersendiri disusun mengikut indeks-indeks yang lengkap dan teratur serta sebarang perubahan tanpa penelitian akan memberi kesan kepada susun atur penyelarasan peperiksaan nanti.

"Dalam konteks SOP baharu ini, hampir keseluruhan bilik darjah digunakan sebagai peperiksaan bilik utama.

"Namun begitu, kita juga ada bilik alternatif sekiranya pelajar perlu dipindahkan dan pada yang sama kita mempunyai bilik khas untuk situasi di mana pelajar perlu diasingkan daripada pelajar yang lain,” katanya menerusi laman rasmi Facebook milik beliau, pada Ahad.

Ujar Radzi lagi, pendirian ini diambil bagi memudahkan pihaknya menetapkan tempoh baharu peperiksaan sekiranya terdapat pelajar yang tidak dapat menduduki SPM akibat kuarantin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Untuk SPM kali ini, seperti mana tahun lepas, sekiranya pelajar tidak dapat menduduki SPM kerana dikuarantin, mereka akan mendudukinya dalam tempoh yang ditetapkan kemudian.

"Sebab itu penyusunan dalam bilik darjah perlu dibuat penuh teliti dan kita tidak mahu susunan ini diganggu gugat bagi memastikan kelancaran peperiksaan SPM,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika sekolah rendah yang digunakan bagi tujuan pusat pengundian.

Dalam pada itu, Radzi memaklumkan pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadikan sekolah menengah sebagai pusat mengundi dalam PRN Johor bagi memastikan kelancaran peperiksaan SPM yang akan bermula pada 2 sehingga 29 Mac ini.