121 murid SK Tambak Jawa timba pengetahuan asas kecemasan menerusi program Analogi Ilmu

Iklan
Peserta program Analogi Ilmu bersama barisan pentadbir di SK Tambak Jawa baru-baru ini.

Bagi melahirkan insan yang peka kepada kesiapsiagaan (kesediaan) awam, seramai 121 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Jawa, Jeram, Selangor, telah mengikuti program Analogi Ilmu di sekolah tersebut awal Januari lalu.

Analogi Ilmu anjuran Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, merupakan program khas di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM).

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah Program, Nurul Suhailah Azumat, Analogi Ilmu adalah program khidmat masyarakat yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan ilmu asas kecemasan (kepatahan dan rawatan) yang boleh diaplikasikan pada masa hadapan.

Selain itu, penganjuran program tersebut juga selaras dengan matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 3: Good Health and Wellbeing; SDG 4: Quality Education; SDG 11: Sustainable Cities and Communities; SDG 16: Peace, Justice and Strong Institution dan SDG 17: Partnerships for the Goals.

Barisan pegawai Kor SISPA UiTM Cawangan Selangor yang terlibat dalam program berkenaan.

Iklan

"Analogi Ilmu dapat melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan asas dan gambaran awal dalam memberi rawatan kepatahan kepada mangsa semasa kecemasan.

"Menerusi program ini juga, ia dapat menghasilkan generasi yang peka dan sentiasa bersedia dalam membantu masyarakat sekeliling,” ujarnya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, Guru Besar SK Tambak Jawa, Nor Mahali Mohammad Torman berkata, program anjuran Kor SISPA UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam begitu menarik kerana membantu murid memperoleh ilmu tentang asas menyelamat.

"Banyak kebaikan yang saya lihat menerusi penganjuran program ini. Justeru, saya mengharapkan supaya aktiviti dan program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang,” ujar beliau.

INFO

  • Kor SISPA merupakan penubuhan kursus badan beruniform di universiti sebagai kursus kokurikulum yang bertujuan untuk memperkasakan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa.
  • Kursus kokurikulum ini juga adalah salah satu bahagian dalam penyediaan pendidikan berkualiti di bawah kendalian Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  • Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum Kor SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.