187 murid SK Taman Semarak terima anugerah kecemerlangan kokurikulum

Iklan
SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan menghargai para murid SK yang cemerlang di dalam bidang kokurikulum baru-baru ini.

Seramai 187 murid menerima anugerah kecemerlangan kokurikulum pada Hari Apresiasi Kokurikulum di Dewan Bestari, SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program berkenaan yang merupakan julung kali diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada para murid SK Taman Semarak yang cemerlang di dalam bidang kokurikulum.

Iklan
Iklan

Guru Penolong Kanannya, Fahariah Mohd Amin berkata, kecemerlangan murid-murid bukan sahaja diukur berdasarkan akademik tetapi secara menyeluruh termasuk bidang kokurikulum sejajar penekanan Kementerian Pendidikan (KPM) kepada aspek Karamah Insaniah.

"Bidang kokurikulum merupakan salah satu aspek diambil kira bersesuaian dengan matlamat melahirkan murid yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Iklan

"Justeru, pengiktirafan ini diberikan kepada murid-murid yang telah memberi komitmen cemerlang dalam bidang kokurikulum pada peringkat sekolah sehingga antarabangsa,” katanya pada program berkenaan, baru-baru ini.

Seramai 187 murid menerima anugerah kecemerlangan kokurikulum pada Hari Apresiasi Kokurikulum di Dewan Bestari, SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Program tersebut dirasmikan Timbalan Setiausaha Pembangunan Strategik KPM, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Maheran Alias.

Iklan

Hadir sama, Guru Besar SK Taman Semarak, Hamdhan Mansor.

Selain itu, Fahariah berkata, para guru yang cemerlang dalam bidang kokurikulum turut mendapat pengiktirafan di atas usaha dan kudrat yang disumbang dalam melahirkan kemenjadian murid.

Tuturnya, sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut membantu dalam merealisasikan kecemerlangan murid-murid.

"Saya berharap anugerah berkenaan akan menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid untuk terus berjaya dalam kehidupan mereka,” katanya.