AEON BiG sumbang kelengkapan sekolah kepada 100 murid B40

Iklan
Sebahagian murid SK Seksyen 24 yang hadir bagi menerima bantuan berupa barangan persekolahan sumbangan AEON BiG.
Seramai 100 murid B40 dari dua buah sekolah telah dipilih untuk menerima sumbangan berupa barangan persekolahan pada program Jualan Rahmah Back To School Peringkat Negeri Selangor di pasar raya besar AEON BiG Seksyen 23 baru-baru ini.

Kesemua murid yang layak itu adalah anak-anak didik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 17, Shah Alam, Selangor (50 murid) dan SK Seksyen 24, Shah Alam, Selangor (50 murid).

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Seksyen 24, Cikgu Amiza Pilus, 50 penerima dari sekolah itu merupakan murid yang terdiri daripada keluarga B40 iaitu golongan keluarga berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

"Murid-murid yang dipilih ini adalah berdasarkan data yang diambil daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan (KPM).

"Mereka terdiri daripada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam yang layak untuk menerima sumbangan dari AEON BiG," katanya ketika ditemui Sinar Bestari.

Cikgu Amiza
Iklan
Iklan


Ditanya mengenai pemilihan SK Seksyen 24 sebagai penerima bantuan, Cikgu Amiza berkata, sekolahnya dipilih atas faktor berdekatan dengan AEON BiG Seksyen 23 .

"Saya difahamkan sekolah ini berhampiran dengan pasar raya berkenaan dan memudahkan penerima dan ahli keluarga untuk datang pada majlis penyerahan bantuan.

"Kira-kira 15 murid B40 hadir untuk mengambil kelengkapan sekolah berupa sebuah beg dan alat tulis serta baucar bernilai RM50 setiap murid sumbangan AEON BiG.

"Baki 35 sumbangan keperluan sekolah lagi diagih kepada murid-murid pada minggu persekolahan ini," ujarnya.

Iklan
Iklan


Jualan Rahmah Back To School Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung pada Selasa dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey; Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri Selangor, Mohd Khairi Jamaludin dan Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn Bhd, Sheikh Farouk Sheikh Mohammed.