Asah minda pelajar dengan Wordle, permainan perkataan tular di laman Twitter
Iklan
Penggunaan Twitter amat popular dalam kalangan pelajar, tidak kira sekolah menengah mahupun institut pengajian tinggi (IPT).Jika anda menggunakan Twitter baru-baru ini, anda pasti akan terlihat ciapan yang mempunyai kotak hijau, kelabu dan kuning. Itulah permainan perkataan yang dipanggil Wordle.Apakah itu Worldle?Wordle ialah permainan perkataan harian yang dimainkan secara dalam talian. Ia merupakan permainan yang menyeronokkan, mudah dan hanya boleh dimainkan sekali sehari. Sama seperti teka silang kata.Dalam setiap 24 jam, terdapat perkataan baharu dan anda perlu tentukan apakah perkataan tersebut.Baca jugaAplikasi Discord memudahkan proses PdPR6 sebab mengapa cikgu di Malaysia perlu memiliki akaun TwitterBerikut merupakan cara bermain permainan tular itu.Wordle memberi pemain enam peluang untuk meneka perkataan lima huruf yang dipilih secara rawak. Seperti yang ditunjukkan di atas, jika anda mempunyai huruf di tempat yang betul, ia akan bertukar warna hijau. Huruf yang betul di tempat yang salah menunjukkan warna kuning. Perkataan yang tidak ada di mana-mana ruang akan berwarna kelabu.Anda boleh memasukkan enam perkataan. Jadi gunakan lima perkataan pembakar yang boleh dipelajari sebagai petunjuk huruf dan ruangannya. Kemudian anda mendapat satu peluang untuk menggunakan petunjuk tersebut. Pemain juga boleh cuba meneka perkataan pada hari itu dalam tiga, dua atau sekali percubaan sahaja.Apa yang membuatkan ia sangat popular?Terdapat hanya satu teka-teki setiap hari: Pemain hanya mendapat satu percubaan. Jika pemain gagal pada hari tersebut, pemain perlu menunggu sehingga esok untuk mendapatkan teka-teki yang baharu.Semua orang bermain teka-teki yang sama: Hal ini memudahkan untuk bersembang dengan rakan tentang teka-teki hari itu.