45 Tetradic Generation Printing Technology serlah bakat inovasi 30 penuntut UiTM

Iklan


Seramai 30 penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam tampil memperkenalkan inovasi pembungkusan dalam teknologi percetakan menerusi program 45 Tetradic Generation Printing Technology, Degree Show 2023.

Program yang diadakan di GESTURZ 2, Galeri Lakeside Kolej Pengajian Seni Kreatif, universiti berkenaan telah berlangsung pada pukul 12 tengah hari sehingga 4.30 petang dan menampilkan tema Tetradic yang mana ia bukan bahan bercetak biasa, malah lebih menarik lagi digabungkan dengan inovasi terkini dalam setiap pembungkusan yang dihasilkan untuk syarikat dipilih dan sedia ada di pasaran.

Berkonsepkan Real Life Product, setiap penuntut perlu menjalani tiga fasa penting dalam percetakan iaitu bermula proses Pre Press, Press dan Post Press.

Justeru, ia secara tidak langsung berjaya memberi peluang kepada para penuntut dalam menggabungkan pengetahuan asas bidang percetakan dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi kehendak pasaran semasa.

Ternyata, hasil kerja kumpulan penuntut yang cukup kreatif dan sangat dibanggakan itu di bawah penyeliaan projek Ts Mastura Omar dan Dr Shalida Mohd Rosnan.

Segala tunjuk ajar yang diberi telah diaplikasikan sepenuhnya oleh mereka dan hasilnya, subjek ini berupaya meningkatkan tahap keyakinan dan ilmu setiap penuntut berkenaan.

Terdahulu, 45 Tetradic Generation Printing Technology, Degree Show 2023 dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Shahanum Mad Shah.

Hadir sama, Pengarah Angel Printing House, Dr William Goh; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Flexis Idea Sdn Bhd Jamil Ismail dan hampir 40 industri.

CH: 4 penuntut kongsi penghasilan inovasi

Sementara itu, seramai empat penuntut UiTM Kampus Puncak Alam berkongsi inovasi yang dihasilkan bersempena 45 Tetradic Generation Printing Technology, Degree Show 2023.

Mahasiswa-mahasiswa berkenaan adalah Qurratu Huda Ahmad, Muhammad Syawal Zahari, Nur Ezzatie Zulkapli dan Muhammad Harrith Iqmal Md Razak.

Bagi Qurratu Huda, inovasi pembungkusan yang dilakukan untuk syarikat KaffelBait memberi pendedahan kepadanya tentang kepentingan pembungkusan bagi melindungi produk tersebut dan pengguna dapat merasai pengalaman baru dalam perkongsian maklumat dengan penggunaan aplikasi Augmented Reality (AR) dan kod QR.

"Gabungan teknologi ini dengan produk yang dihasilkan merupakan trend terbaru dalam industri percetakan.

"Menerusi aplikasi ini terhadap produk percetakan, pengguna dapat merasai pengalaman baru dalam perkongsian maklumat dengan penggunaan medium yang berbeza,” katanya.

Qurratu Huda menampilkan tajuk projek: Design and Development of Handle Packaging for Croffle with QR Code and Augmented Reality Technology.

Sebelum ini, beliau pernah meraih Anugerah Emas dan Anugerah Khas kategori B bagi inovasi Creation de UiTM: International Mega Innovation Carnival 2023.

Malah, gadis ini turut mendapat perak untuk inovasi International Virtual Students’ Business Idea and Product Innovation Competition 2023 (IVISBIPIC 2023).

Iklan
Iklan


Seterusnya, Muhammad Syawal menampilkan projek Innovation Of File Folder Using The Implementation Of Augmented Reality Technology And Qr Code bagi bidang Teknologi Percetakan di UiTM.

"Inovasi fail folder direka bentuk yang baharu dengan gabungan teknologi AR dan kod QR bagi memudahkan mendapat maklumat hanya mengimbas pada fail folder dan akan mengeluarkan video proses pencetakan serta akan dipautkan ke laman web e-buku kursus Teknologi Percetakan.

Iklan
Iklan


"Projek ini dijalankan bagi tujuan misi akademik dalam memajukan pendidikan supaya menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mendaftar dalam bidang Teknologi Percetakan,” ujarnya.

Jelas Muhammad Syawal, tujuan pengeluaran fail folder program adalah dari segi struktur bentuk yang dihasilkan daripada kertas art card dalam satu die cut block.

Bagaimanapun penghasilan projek mahasiswa ini telah membuahkan hasil dimana telah memenangi pingat emas dan perak pada IVISBIPIC 2023 dan Creation De UiTM International Mega Innovation Carnival 2023.

Dalam pada itu, Nur Ezzatie pula memperkenalkan projek The Creation of Innovation Coffee Packaging yang menggunakan huruf braille pada pembungkusan.

Selain penggunaan huruf tersebut, pembungkusan inovasi juga dicipta dengan gabungan teknologi AR dan kod QR.



Ini menjadikannya lebih mudah untuk mencari maklumat dengan hanya mengimbas pembungkusan dan ia juga akan mengeluarkan video tentang menu yang tersedia di kafe.

Akhir sekali, Muhammad Harrith Iqmal telah berkolaborasi bersama syarikat menjual produk makanan bayi iaitu Fawwaz Baby Food.

Penuntut ini tampil menerusi projek Innovation of Baby Food Packaging Using The Implementation Design with Augmented Reality Technology and QR Code yang mencipta ‘secondary packaging’ pada produk combo lapan dalam satu bertujuan melindungi makanan dari cepat rosak dan mudah disimpan untuk digunakan semula.



Beliau meletakkan dua jenis inovasi iaitu AR dan QR bagi menambah sesuatu kelainan pada kotak pembungkusan makanan bayi seiring zaman teknologi terkini.

Muhammad Harrith Iqmal juga telah memasuki pertandingan inovasi iaitu International Teaching Aid Competition 2023 (iTAC 2023) di UiTM Kedah yang diadakan secara virtual dan mendapat gangsa kategori B.