Aktiviti menarik untuk 315 pelajar

Iklan
Para pelajar dan barisan penganjur di program jaringan antarabangsa International Collaborative Programme For Nurturing Global Education 2023, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor menerusi penganjuran program jaringan antarabangsa International Collaborative Programme For Nurturing Global Education 2023, baru-baru ini.

Pengetua Cemerlang, Mohd Fauzi Zailan berkata, antara aktiviti yang disediakan pihak sekolah kepada hadirin ialah permainan gendang, persembahan muzik gamelan, tarian maumere, demonstrasi permainan petanque dan pameran pembudayaan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Iklan
Iklan

Turut diadakan juga ialah Pameran #108: Memartabatkan Bahasa Melayu melalui keunikan gaya hidup tradisional seperti permainan, makanan dan reka bentuk rumah tradisional.

"Saya mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam program anjuran sekolah.

Iklan

"Semoga International Collaborative Programme For Nurturing Global Education 2023 menjadi penyuntik semangat kepada warga sekolah untuk terus berusaha dengan gigih demi memastikan SMK Kota Kemuning cemerlang sebagai institusi pendidikan yang terbilang dalam semua bidang," katanya dalam program itu.

Mohd Fauzi

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Norfadzilah Rosdi; Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+) Bahasa, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang, Selangor, Mohd Rosle Said dan SISC+, PPD Petaling Perdana, Selangor, Dr Jiani Jaman.

Iklan

Terdahulu, seramai 315 pelajar dan 93 guru menghadiri program sehari di SMK Kota Kemuning.

Mereka merupakan warga sekolah sekitar Selangor iaitu SMK Seksyen 7, Shah Alam; SMK Bandar Puncak Jalil, Seri Kembangan dan SMK Alam Megah 2, Shah Alam serta SMP Negeri 5 Yogyakarta, Indonesia.

Menariknya, tiga sekolah dari Indonesia, Kemboja dan Thailand turut serta secara dalam talian bagi memeriahkan program jaringan antarabangsa.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 7 Banda Aceh, Indonesia; Norol Iman Chroy Metrey High School, Phnom Penh, Kemboja dan Samakisast Wittaya School, Songkhla, Thailand.

Sementara itu, Penyelaras Delegasi Indonesia, Nordin Somantri Wahyudin melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana diberi peluang membawa pelajar dan guru-guru dari SMP Negeri 5 Yogyakarta dalam program tersebut.

"Kami sangat gembira dan begitu seronok kerana dapat mencuba pelbagai aktiviti disediakan. Diharapkan program positif sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang," ujarnya.