Pak Arib tak sangka tular di media sosial, dikagumi kerana boleh ajar pelbagai subjek

Iklan
WhatsApp Image 2022-02-16 at 8.38.30 AM

Baru-baru ini tular di Twitter kisah seorang guru dari Indonesia, Aprizal Zainal, yang berkebolehan mengajar pelbagai subjek.

Iklan
Iklan

Ciapan mengenai Aprizal telah dibuat oleh pengguna Twitter, @txtdrakuntasi berjaya meraih 88,400 tanda suka.

Iklan

Baca juga:

Iklan

Tular video pelajar alami kesukaran menggalas beg, ini penjelasan sebenar daripada ibunya

Tular lagi video buli, Maszlee harap pihak berkuasa ambil tindakan

Aprizal, 56, atau lebih dikenali sebagai Pak Arib mampu mengajar subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Akaun, Matematik, Kimia, Fizik dan Geografi.

Menurut pengguna @vaniplaa yang mengikuti kelas Pak Arib, dia mengakui video pembelajaran guru tersebut mudah difahami.

[caption id="attachment_35175" width="750"] Kredit foto: Kompas[/caption]

"Memang sempoi. Baru 10 minit Pak Arib mengajar, saya dah boleh faham.

"Kenapa ya orang dulu-dulu cerdik, boleh kuasai itu ini.

"Macam datuk saya, belajar sambil lewa tapi dapat sambung pengajian,” katanya.

Sementara itu, Pak Arib tidak mengetahui bahawa dirinya telah tular di media sosial.

"Saya hanya mengajar dan tidak tahu (ia viral).

"Dalam fikiran saya, ramai pelajar tidak memahami pelajaran kerana banyak masalah apabila (belajar) secara dalam talian.

"Alangkah baiknya jika saya mengajar mereka secara percuma,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, fakta menarik mengenai Pak Arib adalah beliau telah menubuhkan sekolah persendirian sejak tahun 1996 tetapi tidak pernah mengajar di sekolah biasa.

Sumber: Kompas.com