Screenshot (21) (1)
Screenshot (21) (1)

Tular lagi video buli, Maszlee harap pihak berkuasa ambil tindakan

Adlan Farhan Azwan
10 Dec 2021 12:38pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tular video-video yang menunjukkan sekumpulan pelajar membuli seorang pelajar di asrama di media sosial, semalam.

Video-video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Faez Hamzah telah mendapat 28,000 perkongsian.

Kesemua tujuh video yang dimuat naik mempamerkan aksi buli yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar di asrama mereka.

Dalam video tersebut, kelihatan sebilangan pelajar memegang badan mangsa buli dan seorang lagi pelajar akan melakukan tumbukan ke perut mangsa.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, meminta pihak berkuasa seperti Kementerian Pendidikan (KPM) agar memandang insiden ini dengan serius menerusi laman rasmi Twitter beliau.

BACA JUGA: Hanya kit air liur sahaja yang dibenarkan – KPM

BACA JUGA: Lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah, Dr Maszlee luah rasa terkilan

Ciapan oleh Dr Maszlee dimuat naik bagi memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan

“Minta @RadziJidin dan @KemPendidikan lihat isu ini.

“Apakah yang sebenarnya berlaku?

“Pada tahun 2018 sehingga 2019, KPM telah bekerjasama dengan @myUNICEF untuk kempen anti-buli.

“Harap dapat disebar luaskan lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Namun, setakat ini lokasi sebenar kejadian itu masih belum dapat dikenal pasti.

Video itu turut tular di laman Twitter apabila mendapat lebih 8,000 twit semula dan lebih 4,000 tanda suka.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Tindakan yang dilakukan oleh pelajar yang membuli itu telah membangkitkan kemarahan para pengguna media sosial.

Rata-rata mereka mahu pembuli itu supaya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa seterusnya memberi keadilan terhadap mangsa yang dibuli itu.

Setakat ini, belum ada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan oleh KPM berhubung isu ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok