Berita baik kepada para ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif. Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi buat mereka yang minat terhadap aktiviti"lasak”.
Dengan cuti persekolahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, ibu bapa mesti tercari-cari aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan oleh anak-anak agar dapat mengisi masa yang terluang
Selain kekal cerdas di dalam kelas, kanak-kanak juga perlulah kekal aktif bagi tujuan tumbesaran supaya minda dan badan dapat berkembang dengan seiring.
Berikut merupakan antara tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh para ibu bapa yang mempunyai anak-anak aktif.
1. District 21
[caption id="attachment_35518" width="600"] Kredit foto: District 21[/caption]
Terletak di dalam pusat membeli-belah IOI City Mall Putrajaya, District 21 merupakan taman tema untuk kanak-kanak pertama yang berkonsepkan aktiviti lasak. Menariknya, ibu bapa juga boleh turut sertai anak-anak melakukan aktiviti lasak di sini. Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, taman tema ini menyediakan 10 aktiviti lasak yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan juga anak-anak.
Antaranya ialah Tubby Ride, Power Station, Launch Pad, Free Fall, Ninja Warrior Course dan banyak lagi.
Lokasi: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Waktu beroperasi: 12:00PM - 8:00PM (hari minggu), 10AM - 8PM (hujung minggu)
2. Jump Street
[caption id="attachment_35517" width="600"] Kredit foto: Jump Street[/caption]
Jump Street terletak di Kuala Lumpur dan merupakan taman tema trampolin pertama di Malaysia. Di sini, pengunjung boleh datang dan melompat di atas puluhan trampolin yang ada. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka boleh bergerak dan melompat secara bebas.
Selain itu, terdapat juga tarikan berasaskan trampolin lain seperti The Foam Pit, The Wall, Zipline dan Slam Dunk
Lokasi: 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu beroperasi: 10:00 AM - 6:30 PM (Khamis-Ahad)
3. Skytrex
[caption id="attachment_35516" width="600"] Kredit foto: Klook[/caption]
Skytrex Adventure adalah aktiviti pengembaraan yang mencabar ketahanan fizikal. Terletak di Sungai Congkak Hulu Langat, tempat ini menawarkan aktiviti lasak yang mencabar buat para pengunjung. Terdapat 15 cabaran yang ditawarkan (dengan tahap kesukaran yang berbeza) dan tidak lupa juga aktiviti yang sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Keperluan ketinggian minimum untuk mengunjungi tempat ini adalah 1.1m, ia adalah destinasi yang sesuai buat seisi keluarga yang dahagakan cabaran.
Lokasi: Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor
Waktu beroperasi: 9:00 AM - 6:00 PM (setiap hari)
4. SuperPark Malaysia
[caption id="attachment_35515" width="600"] Kredit foto: SuperPark Malaysia[/caption]
Dengan keunikan tersendiri. SuperPark Malaysia yang berasal dari Finland telah ditubuhkan pada tahun 2012. Ia terdiri daripada tiga tarikan berbeza. Setiap tarikan mempunyai aktiviti yang tersendiri. Tiga tarikan tersebut adalah Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall.
Lokasi: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 10:00 AM - 7:30 PM (setiap hari), tutup pada hari Isnin
5. Camp 5 Climbing Gym
[caption id="attachment_35514" width="600"] Kredit foto: Camp5 Climbing Gym[/caption]
Camp 5 Climbing Gym menawarkan aktiviti ‘wall climbing’ yang harus anda cuba. Tidak perlu berpanas terik di bawah bahang matahari kerana aktiviti ini diadakan ‘indoor’ siap dengan penghawa dingin. Aspek keselamatan yang ditawarkan juga terjamin ditambah pula terdapat jurulatih yang akan membantu para pengunjung.
Lokasi: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya 47800, Selangor
Waktu beroperasi: 2:00 PM - 11:00 PM (hari minggu), 10:00 AM - 8:00 PM (hujung minggu)
Baca juga
Bahasa Arab perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya
Ini perkara yang mak ayah perlu lakukan sepanjang anak-anak cuti sekolah. Memang menarik!
Herba tempatan Sabah jadi ramuan penyelidik hasilkan produk organik