Tip menjadi seorang arkitek yang berjaya

Iklan
Untitled design

Kerjaya arkitek adalah satu profesion pekerjaan yang sangat diimpikan oleh setiap anak muda.

Iklan
Iklan

Ini kerana, ia dilihat sebagai salah satu kerjaya yang gah malah bukan calang-calang individu mampu bergelar arkitek.

Iklan

Profesor Madya (Industri), Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) merangkap Pengarah, Sarly Adre Sarkum Architecture Sdn Bhd, Ar Sarly Adre Sarkum, 47, berkata, arkitek adalah saudagar idea yang boleh menjadikan impian itu satu kenyataan.

Iklan

"Arkitek adalah satu kerjaya yang sangat fulfilling dan ia membolehkan saya menjadi seorang yang kreatif dan dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan reka bentuk yang diinginkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Menurut Ar Sarly Adre, pelbagai cabaran dalam kerjaya arkitek dan paling utama adalah memenuhi kehendak kedua-dua pihak, pelanggan dan diri sendiri dalam merealisasikan rekaan diingini.

Tambahnya lagi, pelajar yang mahu menjadi arkitek, perlu skor dua subjek iaitu Matematik dan Seni.

"Bila sudah skor, pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana universiti yang diakreditasi oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), termasuk universiti dalam dan di luar negara.

"Seperkara lagi, siswazah yang bakal menceburi kerjaya seni bina perlu memiliki sikap kepemimpinan, kualiti, kemahiran, kreativiti dan kepintaran untuk bersaing dan terus maju pada masa depan,” jelasnya.

Baca juga 

Eleena, arkitek terbaik Malaysia

Bosan duduk di rumah? Ini 5 tempat menarik khas untuk anak-anak aktif yang suka dengan aktiviti lasak

Sebagai arkitek dikenali di Malaysia dan bergiat aktif dalam Green Architecture, Ar Sarly Adre berkongsi lima tip untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya.

Mari ikuti perkongsiannya.

1) Tentukan minat

Kerjaya arkitek memerlukan usaha yang berterusan. Minimum di Malaysia perlukan lima tahun pembelajaran untuk menjadi graduan arkitek, minimum dua tahun bekerja dan melepasi ujian profesional untuk bergelar arkitek dan ia adalah satu perjalanan yang jauh. Maka minat atau semangat mesti dikenal pasti sebelum memilih untuk belajar dalam bidang ini.

2) Tingkatkan ilmu melukis

Melukis adalah satu kemahiran asas yang berkaitan dengan seni bina. Seorang arkitek perlu menghasilkan reka bentuk yang mereka fikirkan dan terus tukarkan ke dalam bentuk lukisan dan grafik. Walaupun sekarang ini banyak kerja dilakukan dalam komputer, namun asas estetik perlu dipupuk melalui seni lukis.

3) Memupuk minda kreatif

Sebagai seorang arkitek, minda perlu dilatih tidak menggunakan solusi yang biasa. Jadi, arkitek harus memikirkan penyelesaian yang tidak difikirkan oleh orang lain dan cara pemikiran ini perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah.

4) Memupuk jati diri yang kental

Arkitek sering menerima kritikan tentang idea dan reka bentuk mereka, dari waktu belajar hingga ke alam pekerjaan. Maka sifat jati diri dan keyakinan diri yang tinggi perlu dipupuk dari awal. Ini juga penting membolehkan individu untuk memandang suatu isu secara objektif dan tidak hanya mengikut perasaan.

5) Komunikasi verbal yang baik

Kerjaya sebagai arkitek memerlukan komunikasi yang baik untuk menyampaikan idea atau menerangkan reka bentuk dengan jelas. Biasakan diri dengan aktiviti pengucapan awam dan sebagainya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dua tip untuk graduan

1) Tentukan hala tuju kerjaya

Selepas tamat pengajian di universiti, perjalanan dalam kerjaya baru bermula. Fikirkan apa yang ingin dilakukan kerana kerjaya sebagai seorang arkitek boleh membawa anda menjadi konsultan arkitek, pemaju, penjawat kerajaan, pendidik dan sebagainya. Mengetahui hala tuju kerjaya dari awal akan memudahkan untuk mencapai apa yang diidamkan.

2) Cari tempat bekerja yang sesuai dengan hala tuju kerjaya

Ada pelbagai fungsi yang arkitek boleh lakukan di dalam mana-mana organisasi. Jadi, apabila siswazah keluar dari universiti, mereka perlulah memilih tempat kerja yang membolehkan masing-masing mencapai tujuan yang diinginkan.

Jika ingin menjadi arkitek profesional, siswazah perlu bekerja untuk firma yang boleh memberikan mereka latihan yang secukupnya bagi menduduki peperiksaan Profesional Part III.