Anak sering berasa takut untuk ke sekolah? Ini 5 tip mudah yang ibu bapa boleh ikuti
Iklan
Saat pertama kali anak-anak baru memasuki alam persekolahan tentunya sesuatu yang menarik dan istimewa buat ibu bapa. Kadang-kadang banyak cerita lucu yang mengiringi proses persekolahan mereka.Walaupun ia mungkin menarik dan tidak dapat dilupakan, tidak semua kanak-kanak boleh berasa selesa ketika memulakan hari pertama mereka sehingga cenderung menjadi takut dan gemuruh ketika berada di sekolah.Bagi memastikan anak-anak berasa seronok dan selesa untuk memulakan alam persekolahan, Sinar Bestari kongsikan dengan ibu bapa lima tip yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah anak takut untuk ke sekolah.Baca jugaKemiskinan haid: Guru, ibu bapa dan masyarakat digesa fahami keperluan asas anakBosan duduk di rumah? Ini 5 tempat menarik khas untuk anak-anak aktif yang suka dengan aktiviti lasak1. Iringi anak ke sekolahAnak-anak yang memulakan alam persekolahan merupakan detik istimewa buat ibu bapa. Sudah tentu anda tidak boleh terlepas detik menemani anak-anak ke sekolah.Selain itu, anak-anak juga akan berasa selesa kerana ibu bapa mereka menemani mereka ke sekolah.Bukan sahaja untuk menemani anak-anak, ibu bapa juga boleh memberi perhatian kepada persekitaran sekolah termasuk rakan sekelas dan guru-guru.2. Memberi galakan kepada anak-anakSatu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah terus memberi semangat kepada anak-anak. Ibu bapa pastinya dapat memberikan rasa semangat melalui pelbagai perkara yang berbeza.Walaupun melalui lisan sahaja, perasaan semangat itu masih boleh diterapkan dalam kalangan anak-anak dan ia memberi kesan yang besar kepada mereka.3. Wujudkan suasana yang tenang ketika ke sekolahSama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai perasaan takut dan gemuruh untuk memulakan hari pertama mereka, terutamanya apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali.Itulah sebabnya ibu bapa perlu mewujudkan suasana yang tenang apabila anak-anak mereka ke sekolah. Suasana yang tenang akan membantu kanak-kanak memulihkan semangat dan mengurangkan rasa gemuruh.