8 fakta tentang kamus yang pelajar pasti akan tertarik

Iklan
Dr._William_Chester_Minor
Apabila pelajar ingin mencari makna perkataan dalam bahasa yang berlainan, perkara pertama yang dilakukan ialah dengan merujuk kamus.Kamus merupakan bahan rujukan yang sudah wujud sejak sekian lama dan telah diterbitkan dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.Pada masa kini, kamus boleh didapati dalam bentuk buku bercetak, e-buku dan aplikasi yang terdapat pada telefon pintar dan peranti komputer.Selain mengetahui perbendaharaan kata bahasa asing dalam kamus, pelajar juga harus mengetahui fakta menarik tentang kamus.Berikut adalah 10 fakta tentang kamus yang pelajar pasti akan tertarik.1. Kamus pertama di dunia terbit pada tahun 1604Kamus pertama di dunia,[caption id="attachment_36039" width="600"] Kredit foto: The British Library[/caption]telah diterbitkan pada tahun 1604. Ia telah disusun oleh Robert Cawdrey, seorang guru Bahasa Inggeris. Sebanyak 3,000 perkataan bahasa Inggeris dan takrifan ringkasnya terdapat dalam kamus berkenaan.Masyarakat Inggeris pada masa itu tidak memahami perkataan Inggeris yang sukar, seperti perkataan yang diambil daripada bahasa Latin, Greek, Perancis, dan Hebrew. Oleh itu, kamus digunakan sebagai rujukan untuk memahami kandungan kitab suci dan khutbah gereja yang menggunakan perkataan sukar difahami ini.2. Perkataan yang paling banyak makna[caption id="attachment_36040" width="480"] Kredit foto: Did you know?[/caption]Pelajar mungkin terkejut apabila mengetahui perkataan yang paling rumit dalam bahasa Inggeris ialah perkataan dengan bilangan takrifan berasingan yang paling banyak. Perkataan"set" memegang rekod tersebut sejak tahun 1989.Dalam edisi kamus Oxford English Dictionary itu, perkataan itu mempunyai 430 takrifan berasingan. Namun, menurut editor kamus itu, perkataan"run" kini telah mengumpulkan 645 makna berasingan. Dengan hanya tiga huruf, ia boleh membawa begitu banyak makna.3. Perkataan paling panjang[caption id="attachment_36041" width="600"] Kredit foto: Pinterest[/caption]Perkataan Inggeris paling panjang yang ada di dalam kamus ialah"pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis". Perkataan tersebut merujuk kepada nama penyakit paru-paru. Ia mempunyai empat puluh lima huruf. Menurut Lexico, perkataan ini sebenarnya dicipta untuk mempersenda istilah perubatan yang panjang dan terlalu teknikal.4. Banyak perkataan baharu ditambah setiap tahun[caption id="attachment_36042" width="600"] Kredit foto: Parade[/caption]Pada penghujung setiap tahun, pelajar mungkin akan melihat beberapa senarai perkataan baharu yang telah ditambah dalam kamus pada tahun itu. Namun, senarai sedemikian hanya mengandungi beberapa pilihan daripada lebih 1,000 perkataan yang ditambah pada kamus setiap tahun.Sebagai contoh, pada tahun 2020, Merriam-Webster menambah 550 perkataan semasa untuk kitaran pertama pada bulan April, dan akan mengumumkan lebih banyak lagi pada kitaran kedua.5. Huruf"X" ialah huruf dengan perkataan paling sedikit dalam kamus bahasa Inggeris[caption id="attachment_36043" width="600"] Kredit foto: Artcuts[/caption]Terdapat hanya kira-kira 400 perkataan bermula dengan huruf"X" dalam edisi terkini Kamus Oxford.Hanya terdapat satu perkataan yang bermula dengan huruf X dalam kamus pertama yang ditulis oleh Noah Webster, Noah Webster's Compedious Dictionary. Perkataan itu ialah"xebec" yang bermaksud kapal kecil dengan tiga tiang di Laut Mediterranean.6. Penerbitan Kamus Oxford pertama mengambil masa hampir 50 tahun[caption id="attachment_36044" width="600"] Kredit foto: India Today[/caption]Kamus Oxford yang pertama diterbitkan, A New English Dictionary on Historical Principles, mengambil masa hampir 50 tahun. Ia bermula dengan penulisan dan penyusunan kamus pada tahun 1879 oleh Philological Society of London dan Oxford University Press.Pada tahun 1928, Kamus Oxford telah siap dengan mengandungi lebih daripada 400 ribu perkataan dan frasa.7. Perkataan yang paling disalahgunakan[caption id="attachment_36045" width="600"] Kredit foto: Daniel Miessler[/caption]Dictionary.com telah mengisytiharkan satu perkataan yang paling banyak disalahgunakan. Perkataan tersebut ialah"irony." Hujahnya, perkataan itu kebiasaannya tidak pernah digunakan dengan betul."Irony" sering digunakan untuk menerangkan sesuatu yang lucu, secara kebetulan atau tidak dijangka.Walaupun boleh menerangkan sesuatu yang merupakan mana-mana kata sifat tersebut, ia mestilah lucu dan tidak dijangka kerana perkataan"irony" bertentangan dengan apa yang dimaksudkan.8. Seorang pembunuh adalah penyumbang kepada Kamus Inggeris Oxford yang pertama[caption id="attachment_36046" width="600"] Kredit foto: STSTW Media[/caption]William Chester Minor adalah seorang veteran Perang Saudara yang mengalami skizofrenia paranoid serius selepas berjuang di medan perang. Dia sering berulang kali mengalami mimpi buruk bahawa terdapat penceroboh di dalam biliknya.Pada suatu malam pada tahun 1872, Minor menembak apa yang dia pasti adalah penceroboh, tetapi ternyata ia hanyalah pejalan kaki yang tidak bersalah, dan Minor telah membunuhnya. Minor mengaku melakukan pembunuhan itu.Semasa dipenjarakan di tempat orang sakit, Minor mula menyumbang kepada Oxford English Dictionary dengan menghantar perkataan kepada editor kamus, James Murray. Murray mendapati bahawa Minor adalah salah seorang yang prolifik dan setakat ini antara penyumbang paling berharga.Sumber: Reader’s DigestArtikel berkaitan Suka membaca buku? Ini 7 fakta menarik tentang buku yang pelajar perlu tahuSubjek Sains Tulen susah? 5 mitos dan fakta mengenai subjek iniTersenarai antara 50 calon seluruh dunia, Alesyah buat rakyat Malaysia gembira dan bangga!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok