nhia-moua-F4cJtI7HCMw-unsplash
nhia-moua-F4cJtI7HCMw-unsplash

Subjek Sains Tulen susah? 5 mitos dan fakta mengenai subjek ini

Rasyidah Zulkifi
28 Jan 2022 05:34pm
A
A
A

Sejak tahun 2020, aliran Sains Tulen dan aliran Sastera bagi pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sudah dimansuhkan.

Kini, pelajar boleh memilih mata pelajaran mengikut minat masing-masing.

Namun, pendekatan ini difahamkan bertentangan dengan langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menggalakkan pelajar untuk mengambil mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Baca juga Pentingnya belajar Sains dan Teknologi, para pelajar kena kuasai

Baca juga Cungkil minat murid dalam STEM, USM anjurkan program STEMtation

Keputusan ini juga menyebabkan pelajar cenderung memilih subjek Sastera kerana kononnya lebih mudah berbanding subjek Sains Tulen.

Namun ini lima mitos dan fakta berkaitan yang pelajar perlu tahu.

Mitos 1: Subjek sains tulen untuk pelajar pandai

Fakta, mana-mana pelajar yang berminat dengan subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan boleh mengambil subjek ini.

Menurut The Cambria International School, penting untuk memilih jurusan mengikut minat dan kemampuan supaya boleh belajar dengan berkesan.

Jadi, pelajar perlu tanam sedalam-dalamnya stigma ini. Jika meminati Sains Tulen walaupun anda merupakan pelajar yang sederhana pencapaian boleh teruskan minat untuk mengambil aliran subjek Sains Tulen.

Mitos 2 - Subjek Sains Tulen kurang gred ‘A’

Fakta, subjek Sains Tulen boleh dapat banyak gred ‘A’ kalau pelajar betul-betul meminati subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

Banyak kelas tuisyen yang menawarkan subjek Sains Tulen. Jika pelajar mengambil subjek-subjek tersebut, kelas tuisyen ini boleh membantu untuk meningkatkan gred dalam peperiksaan.

Pelajar hanya memerlukan sedikit pelaburan untuk berjaya dalam subjek tersebut.

Mitos 3 - Pelajar mengambil subjek sains tulen akan menjadi doktor atau jurutera

Fakta, bagi pelajar yang ingin serius dalam bidang ini boleh menjadikan subjek tersebut sebagai asas untuk menjadi seorang doktor atau jurutera.

Selain itu, terdapat banyak tawaran pekerjaan lain jika menguasai bidang ini.

Mitos 4 - Subjek Sains Tulen beri tekanan

Fakta, jika pelajar memang meminati subjek tesebut pembelajaran yang susah akan menjadi mudah kerana usaha tangga kejayaan.

Tekanan itu bergantung kepada pelajar bagaimana mengawal emosi ketika mengambil subjek tersebut.

Paling penting, pengurusan masa yang berkesan boleh membantu untuk sentiasa bersikap positif.

Mitos 5 - Pelajar yang mengambil subjek sains tulen tidak aktif kokurikulum

Fakta, masih ramai pelajar yang mengambil subjek Sains Tulen bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Malah, pencapaian pelajar lebih cemerlang dalam akademik kerana mereka mempunyai badan yang cergas dan otak yang cerdas.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Kesimpulannya, subjek Sains Tulen ini layak diambil oleh mana-mana pelajar yang mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek tersebut.

Semoga perkongsian ini boleh membuka mata pelajar bagi berfikiran terbuka dengan subjek yang dituntut oleh KPM ini.

Sumber: The Cambria International School

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok