KPT terus pantau pelajar Malaysia terlibat banjir di Queensland, Australia
Iklan
PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Education Malaysia Australia (EMA) mengambil tindakan segera dengan melaksanakan koordinasi bersama-sama agensi-agensi lain bagi menyelaras urusan perpindahan dan kebajikan pelajar-pelajar yang terlibat dengan banjir di Queensland, Australia.Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Australia, Pejabat Pendidikan dan Latihan (PPL) New Zealand, Pejabat Malawakil Canberra, wakil penaja (Petronas dan Kementerian Pendidikan Malaysia) serta Persatuan Pelajar Malaysia MASCA National & MASCA Queensland.Baca jugaBanjir: 708 calon tangguh SPM, dijadualkan pada sidang kedua April depan(VIDEO) Tidak putus asa! Banjir bukan alasan, pelajar tetap bersemangat hadapi SPM 2021Menurut KPT, sehingga kini, kesemua pelajar yang terjejas teruk akibat banjir telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara melalui bantuan pihak berkuasa tempatan, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia berstatus penduduk tetap (PR) yang tinggal di Queensland."Pihak EMA melalui wakil pelajar juga telah menasihatkan pelajar-pelajar lain yang terjejas supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara memandangkan terdapat kemungkinan bekalan elektrik dan air akan diputuskan."la juga bagi memudahkan pemantauan dan koordinasi oleh pihak berkuasa dan Malawakil," jelasnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook KPT, semalam.Dalam pada itu, KPT juga memaklumkan keadaan pelajar-pelajar yang terlibat adalah selamat buat masa sekarang dan pihak EMA sedang memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa."Pelajar-pelajar juga diingatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa," katanya.