Ini yang Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa lakukan bagi atasi beg sekolah berat. Terbaik kaedahnya!
Iklan
Semua murid sekolah berhadapan dengan masalah yang sama apabila berbicara tentang isu beg sekolah berat.Mahu atau tidak, mereka harus membawa buku yang sangat banyak walaupun sudah mengikut jadual waktu yang telah ditentukan.Bagaimanapun, bagi pelajar Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa (Sri Desa International Secondary School) Kuala Lumpur, isu beg berat tidaklah menjejaskan pembelajaran mereka.Ini kerana, para pelajar membawa buku dalam jumlah yang sedikit disebabkan hanya tiga subjek sahaja yang dipelajari setiap hari.Pengetuanya, Janice Saw Sooi Ching, 38, berkata, setiap hari pelajarnya akan datang ke sekolah yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 3 petang."Mengikut jadual setiap hari, para pelajar hanya akan belajar tiga subjek dan bilangan buku tidak banyak bergantung kepada keperluan pada hari tersebut."Memang dari dulu lagi pihak sekolah berbuat demikian bagi mengurangkan subjek dan bebanan buku yang dibawa ke sekolah. Cuma bezanya, setiap subjek akan dipanjangkan kepada satu jam setengah hingga dua jam," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.[caption id="attachment_36270" width="400"] Cikgu Janice[/caption]Baca juga 13 solusi atasi masalah beg berat, KPM akhirnya pertimbang penyediaan lokar di sekolahKomputer riba dengan harga murah, pelajar jangan cepat terpedayaMempunyai sekitar 20 orang guru dan 150 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima, Cikgu Janice berkongsi, pelajar tetap mengikuti pembelajaran seperti biasa walaupun tidak banyak buku yang dibawa."Nota dan latihan tetap diberikan cuma kami lebih banyak beri secara dalam talian sebagai memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran."Sekiranya mereka tidak membawa buku teks atau buku latihan ke sekolah, mereka masih boleh merujuk nota yang dikongsikan di dalam Microsoft Team dan juga menghantar tugasan di situ. Cara ini memang sangat mudah," kata anak kelahiran Pulau Pinang ini yang sangat prihatin dengan kebajikan pelajar dan berusaha untuk tidak membebankan pelajar dengan minimumkan subjek setiap hari.Apabila diminta mengulas mengenai isu beg berat yang hangat diperkatakan saban tahun, guru yang sudah 11 tahun menjadi pendidik ini memberitahu, ia sudah terlalu lama berlaku."Sejak saya di sekolah rendah satu masa lalu, isu ini sudah pun dibangkitkan. Memang masa itu beg sangat berat, tapi apa boleh buat sebab semua buku digunakan untuk pembelajaran dalam kelas."Jadi sekarang, saya tidak mahu pelajar alami perkara yang sama. Justeru, teknologi yang ada kini mungkin dapat membantu anak-anak didik di Sekolah Menengah Antarabangsa Sri Desa agar tidak lagi menggalas beg berat," jelasnya.[caption id="attachment_36269" width="600"] Jadual waktu anjal dilihat antara usaha membantu pelajar sekolah tidak menggalas beg berat ke sekolah setiap hari.[/caption]