USIM, Yayasan KRU jalin kerjasama dalam industri kreatif
Iklan
NILAI – Dalam usaha menyokong keterlibatan industri dengan ahli akademik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan KRU dan KRU Entertainment pada pagi ini.Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin, kolaboratif ini akan diterajui di bawah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM untuk berganding bahu bersama syarikat industri melalui program-program yang akan dijalankan secara bersama antara kedua belah pihak.Baca jugaUSIMPrihatin di Kemaman, hulurkan bantuan bagi ringankan beban mangsa banjirJalinan kerjasama Universiti UCSI dan UCSI Hospital bersama USIM, pertukaran kakitangan akademik dan penyelidikBeliau berkata, pelbagai peluang kerjasama dari pelbagai latar belakang industri kreatif pula dilihat boleh dijalankan secara bersama KRU seperti penerbitan BUKOO iaitu buku digital penyelidikan sains dan teknologi dalam bentuk e-buku, buku audio dan iLike – eCommerce platform keusahawanan untuk mempamerkan produk hasil inovasi pelajar dan staf seperti di platform Shopee, Lazada, dan seumpamanya."USIM yang telah mewujudkan platform keusahawanan melalui konsep Prosumerisme di bawah seliaan Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) banyak memberi peluang dan inisiatif perniagaan kepada pelajar dalam memulakan perniagaan," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU, Datuk Norman Abdul Halim dalam ucapannya berkata, pihaknya sedang giat menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam usaha berganding bahu untuk memartabatkan lagi platform keusahawanan yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara walaupun daripada latar belakang yang berbeza.Ujarnya lagi, diharapkan penglibatan bersama industri dan ahli akademik akan melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif dari pelbagai segi pada masa akan datang dalam menjana ekonomi negara.