Menjadi ibu kepada 4 anak dan bekerjaya sepenuh masa bukan alasan buat graduan ini raih keputusan cemerlang
Iklan
Memiliki semangat tinggi dan bersungguh-sungguh dalam tugasan sangat penting untuk mencapai kecemerlangan terutamanya bagi mereka yang berkerjaya dan memilih menjadi pelajar separuh masa.Itu antara rahsia kejayaan yang menjadi tonggak kekuatan kepada graduan Ijazah Sarjana Sains (Sains Koreksional), Normariza Omar, 38, sehingga mendorongnya mencapai keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.93 pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-33 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu’adzam Shah, semalam.Luar biasa semangat yang dimiliki ibu kepada empat anak itu yang bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai isteri sahaja, malah bekerja sebagai penjawat awam di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Baca jugaUUM bersedia meraikan 4,053 bakal graduan"Bergelar OKU bukan penghalang untuk berjaya" – Graduan UKMDia mengakui bukan mudah untuk berada di tahap ini kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa pengorbanan.Menurutnya, cabaran sangat hebat kerana dia perlu membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan pelajaran yang adakalanya membuatkan dirinya hampir berputus asa."Di rumah, saya perlu menguruskan anak-anak dan suami, manakala di pejabat pula saya merupakan Ketua Unit Pencegahan AADK yang mana setiap minggu ada sahaja pembentangan yang perlu dibuat. Inilah harga yang perlu dibayar untuk menggapai impian."Saya percaya ALLAH menguji hamba-Nya mengikut kemampuan masing-masing. Mendekatkan diri kepada-Nya setiap kali merasakan diri sedang diuji. Sejujurnya saya belajar bukan semata-mata untuk kerja tetapi untuk memberi inspirasi kepada anak-anak agar lebih berjaya di masa hadapan," katanya.Tambah Normariza lagi, bidang pengajian yang diikutinya sangat berkaitan dengan tugas dan karier sebagai Pegawai Pemulihan di AADK.