Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyenaraikan 11 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah yang menempatkan murid berkeperluan khas (MBK) bagi kategori integrasi masalah penglihatan.
MBK cacat penglihatan ini mampu berdikari dengan amali pergerakan dan orientasi secara konsisten.
Baca juga
5 bahan untuk guru gunakan bagi kelas PPKI. Mudah dan senang dapat!
Guru Adiwira PAK 21 ini guna lego dan Elemen 4K1N ajar MBK Masalah Penglihatan
Mereka mempunyai hak bergerak bebas sebagaimana rakan-rakan normal yang lain di sekolah melalui beberapa teknik mobiliti.
Jurupulih Cara Kerja (OT) Hospital Shah Alam, Syafiqah Allias berkata, MBK perlu mempelajari asas ‘trailing’ sebelum menggunakan tongkat putih berjalur merah ‘white cane’ untuk belajar berdikari.
"Trailing adalah cara orang kelainan upaya penglihatan (blind or low vision) mengenalpasti laluan dan objek atau bahaya yang ada di sepanjang laluan yang hendak dilaluinya.
"Teknik ini menggunakan satu tangan mendepa ke hadapan dan menggunakan belakang tangan atau hujung jari,” katanya.
Tambah Syafiqah, kaedah pergerakan tersebut digunakan bagi mengenal pasti apa-apa objek atau sebarang bahaya di hadapan.
"Melalui teknik ‘trailing’, akan belajar mengenal objek dan ruang menggunakan belakang tangan.
"Boleh bayangkan kita dilepaskan dari satu poin dan perlu berjalan menutup mata dengan ‘blindfold.
"Murid perlu kenal pasti laluan nak ke mana dengan berhati-hati sebab risau tersandung, terjatuh atau terlanggar apa-apa,” katanya.
Difahamkan semasa latihan orientasi dan mobiliti dijalankan, OT akan menemani murid kelainan upaya tersebut bergerak.
"Masa kena berjalan itu bukanlah seorang diri. OT akan bantu sebagai pandu arah dan jaga mereka elok-elok.
"Sebelum mula pun penerangan dah dijelaskan dengan terang macam mana, apa dan bagaimana semua,” katanya.
Setelah mahir asas berjalan tersebut, murid yang mempunyai masalah penglihatan akan berjalan menggunakan tongkat.
[caption id="attachment_36944" width="1000"] Jika ternampak MBK penglihatan berjalan memakai tongkat, minta izin terlebih dahulu jika ingin membantu.[/caption]
"Selepas sudah jelas dengan teknik trailing barulah belajar menggunakan ‘white cane’.
"Tak semua pengguna tongkat itu buta. Ada yang kondisinya adalah pemandangan yang terhad,” ujarnya.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Beliau menasihati orang awam seandainya terjumpa orang kelainan upaya cacat penglihatan yang menggunakan ‘white cane’ agar minta izin terlebih dahulu kepada tuan badan sebelum berniat menolongnya.
"Tidak boleh sesuka hati pegang tongkat dia untuk bantu, perlu minta izin supaya dia tahu ada yang mahu membantu,” katanya.