9
9

5 bahan untuk guru gunakan bagi kelas PPKI. Mudah dan senang dapat!

Roshlawaty Md Raieh
15 Feb 2022 02:56pm
A
A
A

Guru-guru sering menggunakan set induksi sebelum memulakan kelas mereka.

Ia antara cara untuk menarik minat murid terutamanya murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk terus belajar.

Apa itu set induksi?

Set induksi adalah istilah yang popular sekiranya mahu menjadi seorang guru.

Ia merupakan satu set pengajaran dan pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian murid supaya bersedia menghadapi pelajaran.

Setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar.

Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah lima minit dan paling lama 10 minit sahaja bagi setiap kelas.

Guru-guru boleh memilih banyak cara yang telah dilakukan oleh pendidik sebelum ini.

Misalnya, menayangkan video yang menarik seperti 'Sang Kancil dan Buaya'.

Laman Facebook Mahfuzah Zainol ada diterangkan tentang set induksi untuk guru-guru jadikan panduan terutama untuk murid-murid PPKI.

Jom kita tengok contoh-contoh yang ditunjukkan ini.

*****

Set induksi ini perkara yang mesti kita buat masa mula-mula masuk ke kelas iaitu sebelum mengajar.

Set ini penting untuk semua yang bergelar guru. Kita tidak mahu murid terkejut apabila guru masuk kelas dan terus suruh buka buku. Mahu lari keluar kelas murid-murid ini.

Kalau jadi ahli terapi, kita biasanya akan tarik perhatian kanak-kanak itu dulu supaya sesi terapi kita efektif dan kanak-kanak seronok dengan kita. Dapatkan eye-contact dan perhatian mereka untuk sesi terapi tersebut.

Sama macam cikgu, kita perlu bagi set pengenalan yang menarik dan tanamkan kepercayaan dengan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ini.

Di sini, saya kongsikan sedikit bahan-bahan yang cikgu-cikgu boleh gunakan untuk MBK.

Bahan-bahan ini across the subject. Tidak kisah cikgu ajar subjek apa, ia boleh digunakan kerana MBK kita bukan murid aliran perdana yang mempunyai daya tumpuan yang lebih tinggi.

1) Visual

Contohnya video-video sesuai yang menarik perhatian, gambar unik, gunakan warna yang eye-catching tetapi bukanlah striking. Hendak bawa benda maujud, silakan. Benda muajud tu adalah benda yang betul, yang boleh Nampak dengan jelas.

2) Auditori

Contohnya perdengarkan muzik yang sesuai dan menarik perhatian, gunakan bunyi alarm yang menarik, benda atau mainan berbunyi yang sesuai dengan tema pelajaran.

3) Tactile

Contoh seperti bahan-bahan yang boleh disentuh, cari alatan yang boleh dipegang oleh murid sebelum memulakan pelajaran pada hari tersebut, pastikan sesuai dengan tema. Kalau hendak ajar mengenal huruf, boleh bawa blok huruf untuk mereka pegang-pegang dulu. Pastikan sanitasi ya, kita masih perlu amalkan prosedur operasi standard (SOP) di era pandemik ini. Untuk pencegahan.

4) Vestibular

Contohnya aktiviti yang ada gerakan berulang macam buaian, duduk atas bola gym dan lain-lain yang sesuai dengan tema pelajaran. Vestibular ini selalunya ada kaitan dengan proprioseptif.

5) Proprioseptif

Alatan mainan yang kena pegang, tolak, picit dan menggunakan otot badan untuk bermain. Boleh fikirkan yang sesuai untuk dibawa sebagai ‘pemanas’ sebelum cikgu memulakan pelajaran.

Apa-apa pun, cikgu Pendidikan Khas sebenarnya lebih arif tentang keperluan murid mereka.

Oleh itu, jadilah guru Pendidikan Khas yang boleh memberikan saat dan momen indah dalam hati dan minda MBK sampai mereka dewasa nanti.

Tidak boleh tekankan sangat kepada belajar akademik, tapi mereka seronok datang ke sekolah pun dah jadi pahala buat cikgu-cikgu semua. Ini dikhususkan kepada cikgu Pendidikan Khas. Jika cikgu aliran perdana mungkin situasinya berbeza.

Sebenarnya, lima jenis bahan ini cikgu-cikgu semua sudah tahu dan sudah amalkan. Saya hanya emphasize sahaja dalam posting ini. Kadang-kadang benda yang kita sudah tahu, kita tidak buat, kemudian lupa. Jadi saya ingatkan di sini.

Kalau hendak cari idea lain dalam pengajaran, bolehlah tengok-tengok buku rujukan mana-mana. Boleh hidupkan kembali jiwa dan semangat bara menjadi guru Pendidikan Khas.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

Artikel berkaitan 

‘Parenting Talk’ SEBARU bantu ibu bapa didik dan kendali anak-anak istimewa

Sekolah wujud Gerobok Rezeki untuk bantu pelajar yang memerlukan

8 perkara yang perlu ibu bapa tahu untuk persekolahan anak berkeperluan khas


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok